• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Apa Yang Terjadi Pada Saham Setelah Agihan Dividen?

in Fundamental Analisis
A A
Apa Yang Terjadi Pada Saham Setelah Agihan Dividen?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Pelabur mana yang tak suka menerima dividen kan? Duit percuma tu. Syarikat akan memberikan dividen kepada pelabur sekiranya syarikat berjaya memperoleh keuntungan yang tinggi.

Oleh itu, ia merupakan satu petanda baik sekiranya syarikat memberikan dividen kepada para pelabur. Sebuah syarikat yang mampu memberikan dividen kepada pemegang saham menandakan prestasi kewangan syarikat adalah dalam keadaan yang baik.

Baca : Dividen, Hadiah Buat Para Pemegang Saham Syarikat

Di Bursa Malaysia, terdapat empat jenis dividen yang sering diberikan iaitu : 

  • First Interim Dividend : Diberikan pada suku tahun pertama.
  • Interim Dividend : Diberi secara berkala pada suku tahunan.
  • Final Dividend : Diberi pada suku tahun terakhir. Ia merupakan kali terakhir   syarikat memberi dividen bagi tahun tersebut.
  • Special Dividend : Diberi apabila syarikat peroleh keuntungan daripada penjualan  aset.

Gambar di atas merupakan contoh emel yang diterima sekiranya kita menerima dividen. Dividen yang diterima tidak akan masuk ke dalam akaun CDS tetapi akan dimasukkan ke dalam akaun bank kita. 

Contoh di atas adalah saham Homeriz. Baru-baru ini, Homeriz memberi dividen sebanyak 1 sen kepada setiap unit saham yang dimiliki pelabur. Ia merupakan dividen interim pertama yang diagihkan Homeriz pada tahun ini.

Sesiapa yang memegang saham Homeriz sehingga 11 Jun 2021 layak menerima dividen daripada Homeriz. Dividen pula diterima pelabur pada 2 Julai 2021.

Sumber: malaysiastock.biz

Baca : Top 10 Saham Patuh Syariah Yang Beri Dividen Paling Tinggi Tahun 2020

Bagaimana pula pergerakan harga saham sebelum dan selepas syarikat memberi dividen kepada pelabur? Jom kita lihat beberapa contoh di bawah. 

1. Homeritz Corporation Berhad

Sumber: 

Pergerakan harga saham sebelum & selepas pemberian dividen

Pada tahun ini, Homeriz dua kali mengagihkan dividen kepada pemegang saham. Pertama pada 17 Februari 2021 dan yang kedua adalah pada 11 Jun 2021. 

Menjelang ex-date kedua-dua dividen ini, harga saham Homeriz tidak banyak membuat perbezaan. Dividen yang diumumkan oleh Homeriz tidak berjaya menarik minat pelabur untuk membeli saham ini. 

Dividen yang kecil boleh menjadi salah satu punca saham ini kurang mendapat minat daripada pelabur. 

Selepas pemberian dividen, harga saham Homeriz masih lagi berlegar-legar di kawasan harga yang sama. 

2. BIMB Holdings Berhad

BIMB antara syarikat yang memberikan dividen yang tinggi dalam negara ini. Selain daripada dividen yang tinggi, BIMB turut memberi dividen secara konsisten setiap tahun. Lihat sahaja gambar rajah di bawah. Setiap tahun, BIMB berjaya memberi dividen melebihi 10 sen sesaham setiap tahun. 

Sumber: malaysiastock.biz

BIMB membuat pengumuman pengagihan dividen pada 10 Disember 2019 dan ex-date bagi mendapatkan dividen tersebut adalah 23 Disember 2019.

Sumber: malaysiastock.biz

Nak tahu apa yang terjadi sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat? Pembeli berpusu-pusu membeli saham BIMB kerana dividen yang diumumkan tersebut adalah tinggi iaitu sebanyak 16 sen sesaham. 

Buyer terus menguasai pasaran pada keesokan harinya untuk mendapat peluang mendapatkan dividen tersebut. Jika dilihat pada carta, saham tersebut sebenarnya telah mula membuat pergerakan lebih awal mungkin disebabkan oleh ada pihak yang mendapat maklumat lebih awal.

Sumber:

Selepas ex-date tersebut, saham BIMB kurang mendapat minat belian daripada pelabur kerana pelabur hanya perlu memiliki saham BIMB sebelum hari ex-date untuk melayakkan mereka menerima dividen. Meskipun pelabur telah menjual saham BIMB selepas ex-date, pelabur tetap akan menerima dividen dalam akaun bank mereka. 

Namun harus diingatkan sekiranya anda menjual saham sebelum tarikh ini, anda tidak layak menerima dividen. 

Kesimpulannya, hanya saham dengan dividen yang tinggi mampu memberi impak terhadap harga saham kerana dividen yang tinggi sememangnya menarik dan merupakan salah satu cara pelabur mendapat pulangan yang baik daripada pelaburan saham. 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share774ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

11 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

11 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

11 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In