Kenapa ada tiga indeks saham di Amerika Syarikat?
Di Malaysia kita hanya mempunyai satu indeks pasaran saham iaitu FBM KLCI yang terdiri daripada 30 komponen saham syarikat utama di Malaysia. Komponen saham-saham utama ini pula akan berubah sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember.
Baca: FBMKLCI: Kenapa Komponennya Berubah-ubah?
Tetapi berbeza pula di Amerika Syarikat yang mempunyai tiga indeks saham utama seperti:-
- Dow Jones Industrial Average (DJIA)
- Standard & Poor’s 500 Index (S&P 500)
- Nasdaq Composite Index (NASDAQ)
Jadi, apa beza ketiga-tiga indeks saham ini dan apa yang pelabur perlu tahu tentang perbezaan indeks ini?
Mari kita lihat dengan lebih terperinci tentang ketiga-tiga indeks yang ada di Wall Street ini.
Apa Itu Dow Jones Industrial Average (DJIA)

Indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) atau lebih dikenali sebagai Dow 30 merupakan indeks pasaran saham di Amerika Syarikat yang pertama wujud dan ianya terdiri daripada 30 saham Blue Chip terbesar yang didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) dan pasaran saham Nasdaq.
Kebanyakan saham yang tersenarai dalam indeks ini bukan lagi terdiri daripada syarikat industri pembuatan seperti dulu. Hari ini kebanyakan saham yang menjadi komponen utama DJIA terdiri daripada pelbagai sektor keperluan seperti makanan dan minuman, teknologi dan perubatan.
Sebahagian komponen terkini untuk indeks DJIA ini adalah seperti berikut:

Komponen ini telah dikemas kini pada 8 November 2024, iaitu kira-kira 6 bulan yang lalu. Perubahan ini melibatkan penggantian dua syarikat dalam indeks tersebut:
- Intel Corporation (INTC) telah digantikan oleh NVIDIA Corporation (NVDA).
- Dow Inc. (DOW) telah digantikan oleh The Sherwin-Williams Company (SHW)
Apa Itu Standard & Poor’s 500 Index (S&P 500)?

Standard & Poor’s 500 (S&P 500) pula ialah indeks yang terdiri daripada 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat berdasarkan modal pasaran atau market capitalisation (market cap).
Indeks ini merupakan indikator unjuran terbaik untuk pasaran saham di Amerika Syarikat kerana komponennya terdiri daripada pelbagai jenis latar belakang syarikat terbesar di Amerika Syarikat.
Antara contoh syarikat yang tersenarai dalam indeks S&P 500 ini adalah seperti:

Syarikat yang berada dalam senarai 25 teratas S&P 500 ini biasanya merupakan syarikat gergasi dunia seperti Apple Inc, Microsoft Corporation, Amazon dan lain-lain seperti senarai di atas.
Apa Itu Nasdaq Composite (NASDAQ)

Nasdaq pula merupakan indeks pasaran saham yang menghimpunkan hampir 50% saham syarikat yang berkaitan dengan teknologi dan internet yang didagangkan di Amerika Syarikat.
Namun saham berkaitan teknologi hanya 57.23% (setakat Mac 2025) daripada keseluruhan komponen Nasdaq, selebihnya terdiri daripada beberapa sektor lain seperti sektor pengguna, penjagaan kesihatan, dan kewangan.
Antara contoh saham yang tersenarai di Nasdaq Composite adalah seperti berikut:-

Setakat 31 Mac 2025, komponen yang membentuk papan dagangan Nasdaq Composite Index terdiri daripada:-
- Sektor teknologi 57.23%,
- Sektor komunikasi 9.40%,
- Sektor pengguna tidak perlu 7.86%
Selebihnya pula adalah terdiri daripada sektor penjagaan kesihatan, kewangan, barangan pengguna, utiliti dan lain-lain.
Selepas sudah faham tentang ketiga-tiga indeks di pasaran Wall Street ini, lebih mudah untuk kita sebagai pelabur membuat kajian saham-saham yang didagangkan di Wall Street dari segi fundamental dan juga teknikal.
Nak mula beli saham Amerika Syarikat? Boleh buka akaun dagangan dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam! Nak tutorial, boleh klik sini.
Rebut Peluang Belajar Melabur Saham Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk mula melabur saham di Wall Street.
Daftar Sesi PERCUMA sekarang >> Klik SINI!!
Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street hari ini!