Saham apa yang baru buat breakout?
Sudah menjadi kebiasaan kepada pelabur yang tercari-cari saham untuk dibeli setiap hari. Ada yang sanggup membayar yuran keahlian untuk dapatkan buy call atau trading idea setiap hari daripada sifu-sifu di media sosial.
Hakikatnya, trading idea ini telah pun diberikan secara percuma daripada broker yang berlesen kepada pelanggan mereka setiap hari.
Pada 15 Jun 2021, pihak CGS-CIMB telah memberikan dua saham sebagai trading idea kepada pelanggan mereka.
Mari kita lihat dua saham yang disarankan oleh CGS-CIMB berdasarkan analisis teknikal yang dilakukan.
Harbour-Link Group Berhad (HARBOUR)
Harbour-Link Group Berhad (HARBOUR) merupakan syarikat dalam sektor pengangkutan dan perkhidmatan logistik.
Syarikat ini terlibat dalam pelbagai perniagaan seperti:-
- menyediakan perkhidmatan penghantaran laut,
- kerja-kerja kejuruteraan
- pembangunan hartanah
Berdasarkan kepada harga saham HARBOUR yang ditutup pada 14 jun 2021, pihak CGS-CIMB memberikan saranan belian berdasarkan analisa teknikal yang dilakukan.
Sumber: CGS-CIMB
Pada 14 Jun 2021, saham ini telah membuat gap up dan membuat breakout garisan resistance pada RM1.03 yang merupakan tertinggi sejak bulan Febuari lalu.
Harga HARBOUR ditutup tinggi pada 14 June 2021 dan telah membuat multiple year high, dijangka akan meneruskan membuat fasa kenaikan pada hari-hari berikutnya.
Indikator MACD juga telah memberi tanda kenaikan untuk saham ini sementara Relative Strength Index (RSI) turun menunjukkan kenaikan walaupun berada dalam zon moderate overbought. Kedua-dua indikator ini memberikan signal yang positif.
Menurun CGS-CIMB, pelabur boleh mempertimbangkan belian terhadap saham ini atau menunggu saham ini membuat pullback, harga untuk dilepaskan jika kajian ini tidak menjadi adalah pada RM0.93 iaitu harga dibawah garisan EMA 20 hari.
Harga sasaran saham ini untuk masa terdekat adalah sekitar RM1.20 hingga RM0.68 sesaham, yang merupakan garisan resistance yang terdekat.
Baca: 4 Jenis Breakout Yang Kita Perlu Tahu
D&O Green Technologies Berhad
D&O Green Technologies Berhad( D&O) merupakan syarikat semikonduktor yang berkembang pesat di peringkat global. Menerusi anak syarikatnya, D&O menyediakan perkhidmatan seperti:
- Pembuatan komponen semikonduktor
- Pembangunan aplikasi teknologi semikonduktor
- Barangan runcit elektronik
Anak syarikat D&O adalah seperti Omega Semiconductor Sdn Bhd, Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd dan juga Dominant Opto Technologies Korea Inc.
CGS-CIMB juga telah memberikan saranan belian terhadap saham ini berdasarkan analisa teknikal yang dilakukan pada 14 Jun 2021.
Sumber: CGS-CIMB
Pihak CGS-CIMB menyatakan bahawa minat belian terhadap saham ini dilihat kembali dengan breakout downtrend line selama dua bulan yang berlaku pada 14 Jun 2021.
Dengan sokongan daripada reversal candlestick hammer pada anak panah merah dalam gambar dan kenaikan garisan EMA 20 dan 50, penganalisa menjangkakan kenaikan yang berterusan di masa hadapan.
Kedua-dua indikator MACD dan RSI mula menunjukkan tanda kenaikan awal yang memberi isyarat bullish pada saham ini.
Pihak CGS-CIMB menyarankan pelabur membeli sekarang atau menunggu saham ini membuat pullback dengan meletakkan stop loss saham ini sekitar RM4.28 iaitu ketika harga saham ini berada di bawah garisan EMA 50.
Harga saham ini disasarkan akan naik sekitar RM5.10 sehingga RM5.50 sesaham dalam masa terdekat jika minat belian berterusan.
Walaupun pihak CGS-CIMB dah belanja trading idea seperti diatas, pelabur dinasihatkan untuk melakukan kajian dengan lebih terperinci dan memilih saham mengikut tahap penerimaan risiko masing-masing.
Sumber: Transporter CGS-CMB
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




