Banyak saham naik hari ni, tapi nak beli kaunter mana?
Di Bursa Malaysia, terdapat lebih 900 kaunter yang didagangkan setiap hari dan lebih 700 daripada kaunter tersebut merupakan kaunter saham yang patuh syariah.
Sebagai pelabur runcit yang menjalankan kajian secara individu, agak sukar untuk kita perhatikan setiap satu saham yang berpotensi untuk naik.
Kebanyakan kita akan terlepas daripada membeli saham-saham yang berpotensi untuk naik kerana terbatas dengan skills untuk mencari kaunter yang berpotensi membuat kenaikan.
Sebab itu pentingnya penggunaan screener dalam membantu kita menapis saham-saham yang berpotensi untuk naik setiap hari berdasarkan kepada analisis teknikal.
Mari kita lihat cara untuk menyaring saham sebelum membuat pembelian dengan menggunakan screener .
Tentukan Apa Yang Hendak Disaring
Walaupun kita mempunyai screener yang canggih dan premium sekali pun, kita perlu tahu komponen apa yang perlu kita saring.
Bagi mencari saham yang berpotensi untuk membuat kenaikan, semestinya kita perlu menentukan kriteria saham tersebut berdasarkan analisa teknikal. Antara kriteria yang penting adalah seperti:
- Perubahan harga saham dalam bentuk peratus untuk hari tersebut
- Harga saham semasa
- Jumlah dagangan semasa saham tersebut
- Kedudukan harga semasa dengan garisan Moving Average
Berikut merupakan beberapa kriteria penting untuk saringan saham-saham yang berpotensi yang boleh diperhatikan. Kita juga boleh menambah beberapa kriteria lain mengikut kehendak kita.
Mari kita lihat langkah-langkah untuk menyaring saham menggunakan screener TradingView.
Saring Saham Berpotensi Dengan TradingView
Sumber :
Perkara pertama yang perlu dibuat adalah dengan pergi di bahagian Screeners dan klik bahagian Stock Screener seperti gambar diatas.
Sumber :
Sebelum saringan, terdapat 970 saham yang didagangkan di Bursa Malaysia. Jika kita membuat kajian seorang, manakan mampu untuk monitor kesemua saham-saham ini.
Pastikan kita menukar pasaran ke pasaran yang kita mahu contohnya pasaran tempatan dengan memilih logo bendera Malaysia seperti gambar diatas.
Selepas itu barulah kita menapis saham-saham ini dengan kriteria yang kita tetapkan dengan klik pada butang filter di bahagian atas kiri paparan screener tersebut.
Sumber :
Seterusnya, pastikan kita memilih kriteria penting yang kita tentukan untuk menyaring saham-saham yang berpotensi seperti gambar diatas. Antara saringan yang dibuat adalah seperti:
- Purata dagangan saham melebihi 100 ribu sebulan
- Harga saham bernilai RM0.20 keatas
- Perubahan harga semasa melebihi 2% keatas
- Harga saham semasa berada atas garisan Exponential Moving Average 20
Sumber :
Hasilnya, daripada 970 saham yang didagangkan, kini hanya 35 saham sahaja yang menepati kriteria analisa teknikal yang telah ditetapkan.
Daripada 35 saham ini, kita perlulah melihat carta saham ini satu persatu secara manual untuk memilih saham yang paling sesuai untuk dibeli.
Berikut merupakan hasil saringan yang telah dibuat. Langkah seterusnya adalah untuk menentukan pembentukan candlestick yang sesuai untuk dibeli.
Saringan ini lebih baik jika digunakan ketika harga semasa yang perlu dilanggan oleh pengguna.
Baca: Tutorial Bergambar Cara Melukis Support Dan Resistance Menggunakan Trading View
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……