• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Fresh Breakout (FBO), Teknik Sauk Saham Dengan Potensi Keuntungan Yang Tinggi

in Technical Analysis
A A
Fresh Breakout (FBO), Teknik Sauk Saham Dengan Potensi Keuntungan Yang Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Fresh Breakout (FBO) merupakan satu teknik yang tidak asing lagi buat pedagang tegar. Saya yakin, ketika peringkat awal trading pasti anda pernah dengar berkenaan dengan teknik ini. Ianya dikatakan mampu mendatangkan keuntungan dari harga bawah tanah dan mencanak naik dengan ROI sehingga lebih 50% dalam masa yang singkat. 

Namun, tiada jalan singkat untuk menjana keuntungan dalam trading melainkan dengan ilmu dan pengalaman. Jadi, apakah fokus dalam teknik FBO yang perlu kita kuasai? 

Berikut merupakan trading tactics dalam FBO yang para pedagang boleh entry:

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

  1. Fresh atau First Breakout
  2. Downtrend line Breakout
  3. All-Time-High (ATH) Breakout
  4. 52-Weeks High Breakout
  5. New High Breakout
  6. Buy on Support atau Buy on Dip
  7. Buy on Reversal Candlestick
4 Jenis Breakout Yang Kita Perlu Tahu - The Kapital

Selalu kita dengar bahawa breakout akan berlaku apabila harga saham melebihi resistance yang sedia ada, tetapi persoalannya bilakah fasa sebenar breakout dan harga akan terus meningkat? 

Kebiasaannya trader akan membuat kesilapan dalam mengkaji kaunter dengan melihat kepada candlestick. Sering kali terlihat candlestick hijau seolah-olah harga sudah breakout tetapi rupanya tersilap fasa dan akhirnya harga jatuh semula kerana minat belian dan volatility yang berkurang.

Inilah antara sebab utama kita perlu tahu kaitan di antara fasa pasaran dan jenis-jenis FBO.

Untuk Fresh atau First Breakout, ianya adalah breakout yang menukarkan arah dan harga saham tersebut perlu jatuh dahulu, kemudian accumulate dan barulah harga akan memecahkan resistance.

Kebanyakan trader tidak akan berani membeli kaunter pada harga di fasa accumulation tetapi ketika itulah sebenarnya lubuk FBO yang paling baik untuk ROI yang paling tinggi. 

Rezeki tidak pernah salah alamat. Selepas breakout yang pertama daripada fasa accumulation, harga akan membuat trend sideway sedikit dan menaik, di situ kita boleh entry untuk buy on support atau buy on dip. 

Pada fasa tersebut, reversal candlestick juga boleh berlaku dan para trader boleh membuat pembelian pada ketika itu. Inilah yang dipanggil reversal candlestick breakout.

Antara contoh bullish reversal candlestick yang sering dijumpai adalah hammer, inverted hammer, bullish engulfing, bullish harami, piercing line dan morning star. 

Kesemua jenis pola candlestick ini merupakan indikator atau signal beli yang mudah dan ringkas sekiranya para pedagang selalu meneliti kaunter dengan baik. 

Selepas harga melepasi harga support dan membuat resistance yang baru, para trader yang membeli pada harga resistance baru ini dipanggil new high breakout. Sekiranya harga naik lagi dan mencapai harga tertinggi sepanjang tahun untuk sesebuah kaunter itu, signal beli ketika ini dikenali sebagai 52-weeks high breakout. 

Akhir sekali, sekiranya harga saham kaunter tersebut mencanak naik sehingga harganya mencapai harga tertinggi sepanjang kewujudannya, maka situasi ini dikenali sebagai All-Time High (ATH) breakout. 

Downtrend line breakout pula berlaku selepas harga membuat kejatuhan untuk sesuatu ketika, sebelum satu candle yang tinggi akan muncul dan harga akan terus membuat reversal untuk naik ke atas.

Jangan sesekali tunggu  harga saham menjadi sideway dan terus menunggu seperti menunggu bulan jatuh ke riba, yang mana harga itu tidak akan lagi breakout kerana harga sudah menjadi kejung. 

Kesemua jenis breakout ini adalah antara entry yang mudah untuk kita teliti sekiranya ingin membeli sebuah kaunter berdasarkan ilmu Analisa Teknikal. 

How To Build A Professional Trading Plan | by Global Prime Forex | Medium

Breakout yang paling digalakkan untuk trader beli adalah selepas sesebuah kaunter itu membuat fresh atau first breakout. Hal ini adalah kerana untuk trader yang awal-awal menggunakan teknik ini, kita mahu mengelakkan diri daripada tersangkut pada fasa accumulation. 

Ketika fasa ini, harga tidak akan menaik atau pun menurun dan mungkin akan gagal mendapatkan sebarang keuntungan. Sebagai kesimpulan, walau apa pun teknik yang digunakan oleh para pedagang dan pelabur dalam saham, jangan sesekali lupa untuk membuat trading plan dan berdisiplin dalam mengikut pelan yang telah dibuat. 

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share1080ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

11 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

1 year ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

1 year ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In