
Tempoh hari, kami ada membincangkan konsep Dividen dan Dividen Yield, sebagai salah satu cara bagi pelabur untuk memperoleh pulangan daripada pelaburan saham di Bursa Malaysia. Sebenarnya, kita juga boleh menggunakan konsep yang sama dalam menjana keuntungan dividen dengan melabur di saham Wall Street.
Jom kita lihat senarai 5 saham di Wall Street yang patuh syariah dengan pemberian dividen yield yang tinggi.
1. VOC Energy Trust

VOC Energy Trust (VOC : New York) merupakan produk pelaburan yang diterbitkan oleh syarikat VOC Brazos Energy Partners,LP (VOC Brazos) yang mempunyai aset sebanyak 776 telaga minyak seluas 84,812 ekar. Kebanyakan hasil minyak dan gas didapati dari Kansas dan Texas.
Dengan modal pelaburan USD$25.67 juta, syarikat ini mampu memberikan sebanyak 35.10% dividen yield.
2. Permianville Royalty Trust

Permianville Royalty Trust (PVL: New York) merupakan produk pelaburan yang diterbitkan oleh Enduro Resource Partners LLC (NDRO:New York) yang mempunyai perniagaan keluaran minyak dan gas serta hartanah di sekitar Texas, Louisiana dan New Mexico. Selain daripada itu, mereka juga mempunyai rizab aset telaga minyak dan gas di Permian dan Haynesville.
Dengan hanya pasaran modal sebanyak USD$20.46 juta, ia mampu menjana pulangan sehingga 27.83% dividen yield.
3. BP Prudhoe Bay Royalty Trust

BP Prudhoe Bay Royalty Trust (BPT:New York) merupakan produk pelaburan yang dikeluarkan oleh BP Exploration (Alaska) Inc (BP Alaska), sebuah syarikat yang mengeluarkan minyak dari tanah Utara Alaska sejak Februari 1989. BPT mendapat hak royalti sehingga 16.4% daripada 90,000 tong minyak pertama yang dikeluarkan oleh BP untuk setiap hari operasinya.
Maka, tidak hairan BPT mampu memberikan pulangan sehingga 27.71% dividen yield.
4. MV Oil Trust

MV Oil Trust (MVO:New York) merupakan produk pelaburan yang dikeluarkan oleh MV Partners LLC (MV Partners) yang mengeluarkan minyak dan gas dari telaga di sekitar Kansas dan Colorado. MV Partners mempunyai sehingga 900 telaga minyak dan gas.
MVO yang mempunyai pasaran modal sekitar USD$34.50 juta, mampu menjana sebanyak 22.85% dividen yield.
5. North European Oil Royalty Trust

North European Oil Royalty Trust (NRT: New York) merupakan produk pelaburan yang dikeluarkan oleh North European Oil Corporation. Mereka bertanggungjawab dalam mengeluarkan minyak dan gas dari telaga di sekitar utara Jerman dan mendapat royalti daripada syarikat BEB, sebuah syarikat kerjasama di antara ExxonMobil dan Royal Dutch Shell. NRT mempunyai pasaran modal USD$28.4 juta dan mampu menjana 22.01% dividen yield.
Pencarian status diatas telah dibuat menggunakan Islamicly dalam memastikan pelaburan kita selamat daripada perkara – perkara yang ditegah Islam. Serta, kriteria yang penting dalam pencarian saham mempunyai dividen yield yang tinggi adalah kemampuan syarikat memastikan dividen tinggi saban tahun, biar pun ekonomi dunia dilanda pandemik Covid-19.
Jika mana–mana syarikat dapat konsisten dalam pemberian dividen, ianya menggambarkan syarikat tersebut stabil dan kukuh daripada segi kewangannya.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet




