Salah satu cara bagi pelabur untuk memperoleh pulangan daripada pelaburan saham adalah dalam bentuk dividen. Sekiranya sesebuah syarikat memperolehi keuntungan, kebiasaannya syarikat tersebut akan memberi dividen kepada para pemegang sahamnya sebagai tanda penghargaan.
Dividen adalah sejumlah wang yang dibayar secara berkala bergantung kepada syarikat tersebut.
Dividend Yield / Kadar Hasil Dividen
Dividen Yield atau juga dikenali sebagai Kadar Hasil Dividen merupakan sebuah nisbah kewangan yang menunjukkan berapa banyak sesebuah syarikat membayar dividen setiap tahun. Kadar hasil dividen dikira berdasarkan formula berikut :

Sesebuah syarikat dengan hasil dividen yang tinggi membayar sebahagian besar keuntungannya dalam bentuk dividen. Kadar hasil dividen boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk pelabur mengukur sebanyak mana aliran tunai yang boleh diperolehi oleh seseorang pelabur untuk setiap wang yang mereka laburkan.
Jom kita lihat satu contoh yang mudah ini.
Bayangkan ada dua buah syarikat yang membayar dividen tahunan yang sama iaitu sebanyak RM1 sesaham. Saham syarikat A didagangkan pada harga RM10 sesaham manakala saham syarikat B pula didagangkan pada harga RM20 sesaham.
Maka syarikat A mempunyai kadar hasil dividen sebanyak 10% dan syarikat B pula mempunyai kadar hasil dividen sebanyak 5%.
Setelah melihat contoh di atas, syarikat mana yang akan anda beli, sekiranya anda berniat untuk meraih dividen daripada syarikat tersebut? Syarikat A atau B? Kedua-duanya memberikan dividen yang sama. kita boleh dapatkan dividen yang sama dengan membeli saham yang lebih murah sekiranya kita memilih untuk membeli saham syarikat A.
Top 10 Syarikat Berstatus Syariah Dengan Kadar Hasil Dividen / Dividen Yield Tertinggi
Sig Gases Berhad menduduki tempat teratas dalam senarai Top 10 syarikat berstatus Syariah dengan kadar hasil dividen yang tertinggi di Bursa Malaysia. Apa yang membolehkan Sig Gases Berhad berjaya menduduki tempat teratas dan apa yang menyebabkan Sig Gas mampu memberi dividen yang banyak?
Mari kita kaji prestasi kewangan Sig Gases Berhad.

Pada suku keempat tahun 2019, Sig Gases mencatatkan keuntungan luar biasa sebanyak RM77 juta dan ia merupakan rekod tertinggi keuntungan selepas cukai yang pernah dibuat oleh Sig Gases Berhad bagi satu-satu suku tahunan.
Sig Gases mengagihkan dividen sebanyak 55.7 sen per saham bagi pemegang saham yang masih memegang saham tersebut sehingga tarikh Ex-date iaitu pada 30 Disember 2019 dan bayaran dividen dibuat pada 13 Januari 2020.
Dividend Per Share (DPS)
Dividend Per Share adalah jumlah dividen yang diagihkan kepada para pemegang saham bagi setiap unit saham yang ada. Dividend Per Share penting kerana matlamat sesebuah syarikat untuk meyakinkan para pelabur adalah dengan mengembalikan nilai kepada para pemegang sahamnya.
Dividend Per Share yang tinggi adalah cara yang bijak untuk sesebuah syarikat mempamerkan prestasi yang kukuh kepada para pemegang sahamnya.
Top 10 Syarikat Berstatus Syariah Dengan Kadar Dividend Per Share Tertinggi

Perbezaan Syarikat Dividend Yield Tertinggi Dan Dividend Per Share Tertinggi?
Syarikat dengan Dividend Per Share tertinggi biasanya adalah syarikat-syarikat yang besar dengan Market Cap yang tinggi. Angka-angka seperti EPS, PE, ROE dan sebagainya juga tinggi.
Sebaliknya bagi syarikat dengan Dividend Yield tertinggi adalah syarikat-syarikat bersaiz kecil. Angka-angka seperti EPS, PE, ROE dan sebagainya adalah rendah.
Satu petanda baik sekiranya syarikat memberikan dividen kepada para pemegang saham. Ia menunjukkan bahawa syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang sihat.
Sekiranya anda seorang pelabur jangka masa panjang dan berminat untuk peram saham untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen, kita boleh membuat pilihan bijak dengan memilih syarikat yang memberikan dividen kepada para pemegang sahamnya.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards