“Adoi, elok je beli dia jatuh. Bila nak naik balik ni?”
Siapa pernah alami perkara di atas? Majoriti pelabur saham baru dan lama mesti pernah melaluinya.
Ramai pelabur baru sering tersangkut di puncak bahagia kerana mengejar harga saham yang dah naik tinggi. Inilah yang dikatakan penyakit “FOMO”. Apa itu FOMO?

Fear of missing out bermaksud perasaan takut untuk tertinggal daripada sesuatu. Memang susah nak tahan tahan dari beli saham yang sedang kelip-kelip hijau.
Mereka akan cenderung untuk membeli saham ketika harga saham telah naik tinggi tetapi terus jatuh tidak lama selepas itu.

Jika anda selalu tersangkut di puncak harga, kenapa tidak tunggu sehingga saham tersebut membuat pullback terlebih dahulu?
Saham uptrend yang baik, biasanya akan bergerak secara zig-zag. Maksudnya saham tersebut akan membuat pullback sebelum meneruskan kenaikannya.
Kami cadangkan anda menggunakan teknik Buy on Reversal. Tunggu sehingga reversal candlestick muncul barulah kita beli saham tersebut.
Baca : Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang Trading Plan
Apa Itu Reversal Candlestick?

Reversal bermaksud perubahan trend sama ada dari uptrend ke downtrend ataupun dari downtrend ke uptrend.
Reversal candlestick pula bermaksud pattern candlestick yang terbentuk pada carta dan ia menandakan perubahan trend akan berlaku.
Bagi yang selalu terbeli saham ketika di pucuk dan tersangkut di puncak bahagia, kami ingin kongsikan bersama anda sebuah e-book terbaharu kami bertajuk ‘Reversal Candlestick’ yang diharapkan dapat membantu anda mengatasi masalah di atas.
Nak tahu apa yang anda akan belajar dari e-book Reversal Candlestick?
1. Kepentingan Memahami Trend
Jom kita ulangkaji. Terdapat 3 trend di dalam pelaburan saham iaitu uptrend, sideways dan downtrend. Cara terbaik untuk membuat duit adalah membeli saham ketika uptrend.
Risiko membeli ketika uptrend adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan membeli saham ketika sideways dan downtrend.
Di dalam e-book ini akan diterangkan lebih terperinci setiap trend tersebut dan apa yang perlu anda lakukan pada setiap trend tersebut.
2. Tentukan Support & Resistance
Kami faham pelabur baru mungkin masih belum pasti bagaimana nak tentukan di mana paras support & resistance.
Jika anda ingin tahu cara-cara lukis support & resistance, e-book ini ada menyediakan langkah-langkah melukis support & resistance dan ianya disediakan dalam bentuk gambar untuk lebih mudah faham.
Selain itu, akan dikongsikan juga ilmu kegunaan support & resistance dan 2 kajian kes.
Oleh itu, apabila anda dah mampu lukis support & resistance sendiri kelak, anda juga boleh buat duit dengan menguasai support & resistance.
Baca: Strategi Taktikal Dalam Dagangan Saham – Apa Nak Buat Bila Market Uptrend, Downtrend Dan Sideway
3. Bagaimana Pembentukan Candlestick?

Tahukah anda, sekiranya anda betul-betul faham bagaimana pembentukan sebatang candlestick, anda sebenarnya dapat membaca emosi pelabur lain dalam pembentukan candlestick tersebut.
Jika anda ingin tahu cara mudah untuk faham pembentukan candlestick, boleh belajar dalam e-book ini.
4. Contoh Reversal Candlestick
Reversal candlestick adalah pattern candlestick yang dapat memberitahu kita bahawa pertukaran trend akan berlaku.
Lihat contoh situasi di bawah:
- Apabila saham sedang buat uptrend dan bearish reversal candlestick muncul, ia menandakan trend tersebut bakal berakhir dan trend berpotensi untuk bertukar dari uptrend ke downtrend.
- Apabila saham sedang buat downtrend dan bullish reversal candlestick muncul, ia menandakan trend tersebut bakal berakhir dan trend berpotensi untuk bertukar dari downtrend ke uptrend.
Di dalam e-book ini ada 8 contoh bullish reversal candlestick dan 8 contoh bearish reversal candlestick.
Setiap candlestick tersebut akan disertakan gambar candlestick, ciri-ciri reversal candlestick, bagaimana reversal candlestick tersebut terbentuk, contoh reversal candlestick tersebut pada carta dan tips gunakan reversal candlestick tersebut.
Anda mungkin berminat dengan artikel ini: 6 Sebab Kenapa ‘Japanese Candlestick’ Masih Relevan Sehingga Ke Hari Ini
5. Ada 6 Contoh Kes Kajian
Bagi yang ingin belajar dan mengkaji kegunaan reversal candlestick pada pasaran saham, e-book ini ada 6 contoh kes kajian untuk anda belajar dan fahami contoh-contoh tersebut.
Di dalam beberapa kes kajian ini, anda akan melihat sendiri bagaimana pertukaran trend terjadi setelah reversal candlestick terbentuk.
Kesimpulannya, sekiranya anda selalu tersalah timing untuk beli atau jual saham, disarankan anda cuba pula teknik Buy on Reversal.
Maksudnya di sini adalah anda boleh menunggu sehingga reversal candlestick muncul barulah anda membuat keputusan untuk beli atau jual saham anda.
Justeru, jika anda menggunakan teknik ini, risiko untuk anda tersalah waktu beli saham dan jual saham adalah lebih rendah.
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal
Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!
Miliki eBook Reversal Candlestick -> https://thekapital.my/ebook-reversalcandlestick