• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama

Kredit: MEDIA MULIA

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link


KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd susut kepada RM57.06 juta menjelang suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding dengan RM80.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini disebabkan oleh hasil operasi yang lebih rendah.

Syarikat bursa saham itu mengumumkan bahawa pendapatan berada pada RM172.58 juta daripada RM199.94 juta.

“Pasaran sekuriti mencatatkan keuntungan segmen sebanyak RM85.3 juta pada suku kedua 2025, penurunan 24.4 peratus berbanding RM112.8 juta pada suku yang sama 2024 berikutan pendapatan operasi yang lebih rendah iaitu RM110.3 juta daripada RM141.4 juta yang disaksikan semasa suku kedua 2024,” katanya. 

Perbelanjaan dalam segmen pasaran sekuriti merosot 11.8 peratus kepada RM27.9 juta berbanding RM31.6 juta disebabkan oleh kos kakitangan yang lebih rendah yang ditanggung pada suku kedua 2025. 

Bagaimanapun, pendapatan operasi pasaran derivatif meningkat 2.5 peratus kepada RM27.3 juta pada suku kedua 2025 berbanding dengan RM26.6 juta pada suku kedua 2024 susulan kontrak niaga hadapan minyak sawit yang lebih tinggi yang didagangkan pada suku tersebut.

“Perbelanjaan dalam segmen pasaran derivatif naik 6.0 peratus kepada RM16.7 juta pada suku kedua tahun ini berbanding RM15.7 juta yang dicatatkan pada suku kedua ekoran perbelanjaan pemasaran dan pembangunan yang lebih tinggi serta kerugian pertukaran asing pada suku kedua 2025,” katanya.

Bursa Malaysia berkata pasaran Islam juga mencatatkan keuntungan segmen sebanyak RM2.1 juta pada suku kedua 2025, peningkatan 60.4 peratus daripada RM1.3 juta yang diperoleh semasa suku kedua 2024 disumbangkan oleh penambahan dalam hasil operasi,

“Hasil operasi pasaran Islam untuk suku kedua 2025 adalah RM5.5 juta, menokok 23 peratus berbanding RM4.5 juta yang dicatatkan pada suku kedua tahun sebelumnya, manakala perbelanjaan segmen agak stabil pada kira-kira RM3.5 juta dalam kedua-dua suku yang sama bagi 2025 dan 2024,” katanya. 

Sementara itu, perniagaan data merekodkan keuntungan segmen berjumlah RM16.6 juta pada suku kedua 2025, lonjakan sebanyak 4.7 peratus daripada RM15.8 juta pada suku kedua 2024, dengan hasil operasi berada pada RM21.1 juta berbanding RM19.0 juta yang disaksikan semasa suku kedua 2024.

“Perbelanjaan dalam segmen perniagaan data meningkat sebanyak 37.8 peratus kepada RM4.6 juta pada suku kedua 2025 daripada RM3.3 juta pada suku kedua 2024 disebabkan oleh perbelanjaan langganan platform CSI yang ditanggung pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Selain itu, syarikat pegangan bursa itu mencatatkan kerugian segmen yang lebih tinggi sebanyak RM1.9 juta pada suku kedua berbanding dengan RM1.7 juta pada suku yang sama tahun sebelum ini susulan kelemahan dalam perolehan/faedah.

Untuk separuh pertama tahun ini, keuntungan bersih Bursa Malaysia merosot kepada RM125.48 juta daripada RM155.48 Milllion, manakala pendapatan juga jatuh kepada RM356.96 juta berbanding RM387.14 yang dicatatkan sebelumnya.

Bursa ketika mengulas mengenai prospek memberitahu prestasi pasaran sekuriti terus dipengaruhi oleh faktor global dan domestik seperti rundingan perdagangan Amerika Syarikat yang sedang meluas, ketegangan yang semakin memuncak serta prestasi pendapatan korporat dan persekitaran kewangan global yang kurang bermaya.

“Disebalik semua cabaran luaran ini, prestasi pasaran sekuriti dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan domestik serta peningkatan aktiviti pelaburan di sektor swasta dan awam,” katanya. 

“Bursa menjangkakan momentum tawaran awam permulaan (IPO) dapat dikekalkan pada separuh kedua 2025, dengan usaha yang disasarkan untuk membina aktiviti saluran IPO yang mampan.

“Bursa juga akan meningkatkan program jangkauannya bagi meluaskan penyertaan pelabur melalui inisiatif seperti MyBURSA,” katanya.

Mengenai pasaran derivatif, ia berkata niaga hadapan MSM dijangka akan menurun dari tahap rekod yang dilihat pada 2025, dengan aktiviti perdagangan diunjur pada tahap permintaan yang lebih berhati-hati dan ketidakpastian pasaran yang berterusan.

Bursa itu turut akan komited dalam memperluaskan pelbagai prosuk patuh syariah sebagai sokongannya dalam membangunkan pasaran Islam.

“Urus niaga dalam Bursa Suq al-Sila ‘(BSAS) dijangka stabil, disokong oleh keterlibatan yang proaktif dengan peserta tempatan dan asing. Bursa juga akan meneruskan usaha pemasarannya bagi memperluaskan pangkalan pelabur di platform Bursa Gold Dinar,” katanya.

Tanpa mengambil kira perkembangan dalam peringkat global dan domestik, bursa akan terus memacu prestasinya untuk tahun ini dalam mencapai petunjuk prestasi utama sebelum cukai sebanyak RM369 juta hingga RM408 juta; kadar pertumbuhan pendapatan bukan perdagangan sebanyak 5-7 peratus; 60 IPO; RM40.2 bilion dalam jumlah permodalan pasaran IPO dan pengurangan sekurang-kurangnya sebanyak 10 peratus dalam pelepasan Skop 1 & 2 berbanding dengan asas tahun kewangan 2022 bursa pada tahun kewangan yang berakhir 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Fad’l Mohamed dalam satu kenyataan berasingan berkata bursa itu komited untuk memajukan Bursa Malaysia sebagai pertukaran pelbagai aset di bawah pelan strategik 2024-2026.

“Kawasan tumpuan utama kami termasuk platform pilihan penggalangan dana untuk perniagaan, meningkatkan daya tarikan pasaran dan kecairan serta meneroka kaedah baharu dalam mendorong perniagaan data,” katanya.

Bursa Malaysia telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 14 sen sesaham untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2025, berjumlah RM113.3 juta, bersamaan dengan nisbah pembayaran dividen sebanyak 90.3 peratus.

— BERNAMA

Buka akaun CDS secara online dan percuma! 

Nak buka akaun CDS dengan CGS International? Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference dan Klik Sini Untuk Tutorial



Tags: ASEANBursa MalaysiaFad’l MohamedIPOKeputusankorporatPBT
Share204ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In