• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

in Catalyst
A A
A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Gambar: theedgemalaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

A1 AK Koh Group Perluas Capaian Dalam Segmen Hotel, Restoran, Katering

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) – Pengeluar makanan dan minuman, A1 AK Koh Group Bhd menyasarkan untuk menembusi pasaran baharu pada 2026, dengan memberi tumpuan kepada segmen hotel, restoran dan katering

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koh Lian Jie berkata syarikat merancang untuk melantik satu atau dua pengedar pada peringkat tempatan dan antarabangsa bagi membantu meluaskan capaiannya dalam segmen tersebut.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kami juga dalam usaha untuk mengukuhkan pasaran eksport kami dengan mengenal pasti lebih ramai pengedar di luar negara bagi membantu menembusi pasaran asing,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu di sini hari ini.

A1 AK Koh Group Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE hari ini dengan harga sahamnya dibuka mendatar pada 25 sen, tidak berubah daripada harga tawaran awam permulaan (IPO), dengan 30.44 juta saham diniagakan.

Koh tidak mendedahkan secara khusus negara yang disasarkan tetapi tumpuannya akan diberikan kepada negara Barat berikutan ia merancang untuk memperkenalkan produk tempatan seperti laksa.

Syarikat juga giat menyertai pameran seperti Food and Hotel Asia (FHA) dan Pameran Makanan Antarabangsa Thailand (TIFEX) untuk mencari pelanggan yang berpotensi.

Mengenai prospek syarikat, Koh berkata permintaan terhadap produknya dijangka meningkat secara sederhana pada tahun depan. Syarikat itu menjangka pertumbuhan yang lebih kukuh pada 2027 apabila kilang baharunya mula beroperasi.

Menurut prospektus syarikat, kilang baharu itu terdiri daripada dua bangunan — kawasan pengeluaran seluas 17,000 kaki persegi dan kawasan penyimpanan seluas 17,000 kaki persegi.

Bangunan itu dijangka siap pada suku keempat 2026 manakala barisan pengeluaran separa automatik dijadualkan beroperasi pada suku keempat 2027.

Syarikat itu menyasarkan pertumbuhan sebanyak lima hingga 10 peratus dalam tempoh dua tahun dengan menguasai bahagian pasaran daripada pesaing.

Koh berkata syarikat menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan pendapatan daripada eksport kepada 35 peratus daripada 22 peratus pada masa ini dan mengurangkan sumbangan domestik kepada 65 peratus daripada 77 peratus.

Pada jam 5 petang, kaunter itu ditutup setengah sen lebih rendah pada 24.5 sen, dengan sebanyak 29.62 juta saham didagangkan.

— BERNAMA

Baca dulu: Nak Buka Akaun Saham Online Dengan Webull? Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Tags: A1 AK Koh Group BhdKoh Lian Jiepasaran ACEpengeluar makanan dan minuman
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In