KUALA LUMPUR, 24 Jun — Cuckoo Malaysia membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pagi ini pada RM1.09 pada premium satu sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.08, dengan 15.33 juta saham diniagakan.
Cuckoo Malaysia memperoleh RM184.8 juta daripada IPOnya, dengan 56.7 peratus daripada hasil akan digunakan untuk pembelian produk bagi mengembangkan perniagaan sewa syarikat dan 21.6 peratus bagi pembayaran balik hutang.
“Syarikat akan memperuntukkan sebanyak 2.7 peratus untuk membuka kedai runcit, 3.0 peratus untuk meningkatkan kemudahan teknologi maklumat, 5.4 peratus untuk pengembangan di Singapura dan bakinya untuk perbelanjaan penyenaraian,” katanya di dalam prospektus.
Setakat Disember 2024, Cuckoo Malaysia merupakan pemain kedua terbesar dalam segmen penyewaan perkakasan rumah dengan penguasaan pasaran sebanyak 23.1 peratus.
Sementara itu Cuckoo International (Mal) Bhd berkata syarikat akan melabur sebanyak RM5 juta untuk membuka 10 ‘kedai jenama’ di Malaysia dalam tempoh dua tahun yang berperanan sebagai kedai fizikal ‘tunai dan bawa’.
Syarikat tersebut merupakan unit tempatan pembuat perkakasan Korea Selatan, Cuckoo Homesys Co Ltd.
Nak mohon IPO? Jom Buka akaun dengan CGS International secara online dengan tutorial mudah ini. Klik Sini Untuk Tutorial
Menurut prospektus syarikat, ia menyasarkan untuk membuka kedai jenama itu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor menjelang akhir tahun ini, manakala selebihnya di Selangor, Melaka, Perak, Kelantan, Terengganu dan Kedah pada tahun depan.
Ketua Pegawai Operasi Cuckoo Malaysia Toh Seng Lee yang ditemui pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu di sini berkata sehingga kini sebanyak 263 ‘kedai jenama’ sudah dibuka di seluruh negara, tetapi ia hanya berperanan sebagai pusat demonstrasi produk.
“Produk kami perlu dipasang (di premis), jadi tidak selesa bagi pelanggan untuk membelinya (tunai dan bawa).
“Kami juga akan mempamerkan periuk nasi kami, iaitu produk utama kami,” katanya sambil menambah bahawa produk itu menguasai 87 peratus pasaran di Korea Selatan. Ia akan diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia Bryan Yeong berkata syarikat itu akan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi pengembangan pasaran di Singapura dalam tempoh dua tahun bermula tahun ini.
“Kami telah berada (di Singapura) selama enam tahun dan mahu mengembangkan operasi kami,” katanya.
Pada 5 petang, saham Cuckoo kekal ditutup pada RM1.08.
— Sumber asal: BERNAMA
Baca dulu: Nak Buka Akaun Saham Online Dengan Webull? Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. 
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!
 
			 
		    




