Syarikat cip global terkenal, Advanced Micro Devices (AMD) membuka tirai tahun 2025 dengan laporan kewangan suku pertama (Q1) yang mengujakan. Walaupun suasana ekonomi global masih tidak menentu, AMD membuktikan kekuatan jenama dan permintaan berterusan terhadap produknya, terutamanya dalam bidang semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).

Hasil (Total Revenue)
- AS$7.44 bilion
- +35.90% YoY (meningkat berbanding Q1 2024: AS$5.47B)
- -2.87% QoQ (turun sedikit berbanding Q4 2024: AS$7.66B)
Hasil menunjukkan pertumbuhan tahunan yang kukuh, walaupun sedikit menurun secara suku ke suku. Ini biasa berlaku selepas musim perayaan dan jualan akhir tahun yang lebih tinggi di Q4.
Keuntungan Bersih (Net Income)
- AS$709 juta
- +505.17% YoY (meningkat berbanding Q1 2024: AS$116 juta)
- +49.36% QoQ (meningkat berbanding Q4 2024: AS$470 juta)
Pertumbuhan keuntungan sangat luar biasa, membuktikan bahawa AMD berjaya mengurus kos dengan lebih efisien dan mendapat margin yang lebih tinggi.
Pendapatan Sesaham (EPS)
- AS$ 0.44
- +481.33% YoY
Peningkatan EPS menunjukkan pulangan yang semakin menarik buat para pemegang saham.


Status Patuh Syariah

Berdasarkan saringan menggunakan aplikasi Webull, status saham AMD ini adalah patuh syariah. Jadi kita bolehlah melabur tanpa was-was lagi untuk saham ini.
Nak mula beli saham Amerika Syarikat? Boleh buka akaun dagangan dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam! Nak tutorial, boleh klik sini.
Momentum Kukuh Menuju Suku Seterusnya
Dengan lonjakan keuntungan dan hasil yang stabil, AMD berada di landasan kukuh untuk meneruskan pertumbuhan dalam suku-suku akan datang. Fokus kepada AI, pusat data dan GPU memberi ruang yang luas untuk pertumbuhan selanjutnya. Bagi pelabur, prestasi ini memberi isyarat positif bahawa AMD bukan sekadar kekal relevan, tetapi semakin dominan dalam industri semikonduktor global.
Rebut Peluang Belajar Melabur Saham Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk mula melabur saham di Wall Street.
Daftar Sesi PERCUMA sekarang >> Klik SINI!!
Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street hari ini!