• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Econpile Holdings – Penampilan Sulung Untuk LRT Pulau Pinang

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Saham Kajian Hari Ini: Econpile Holdings – Penampilan Sulung Untuk LRT Pulau Pinang
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) sebanyak RM0.42 dikekalkan
  • Potensi kenaikan harga saham 45%
  • Kadar hasil dividen sekitar 1% untuk FY26F (Jun)
  • Profil Syarikat

Econpile ialah pakar pembina cerucuk dan asas bangunan di Malaysia. Ia menyediakan perkhidmatan kerja-kerja pembinaan cerucuk dan asas bangunan, yang termasuk sistem penahan tanah, kerja-kerja tanah, kerja pembinaan aras bawah tanah dan substruktur. Syarikat ini menawarkan semua jenis cerucuk (cerucuk gerek, cerucuk terpacu, dan cerucuk tusukan) dan kerja-kerja pembinaan asas bangunan

Econpile mengumumkan tawaran kerja kelapan untuk FY25 apabila ia menerima subkontrak bernilai RM42.8 juta daripada Irama Duta untuk menjalankan kerja pembinaan cerucuk gerek bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang dari Jelutong Timur ke kawasan Gelugor. Kerja untuk projek ini dijangka akan bermula pada bulan Ogos, dan disasarkan siap pada Okt 2027. Kali terakhir ECON menerima tawaran kontrak berkaitan kereta api adalah pada Ogos 2022, iaitu kerja pembinaan cerucuk di Kompleks Kuarantin, Kastam dan Imigresen (ICQC) untuk Rangkaian Sistem Transit Laju (RTS Link).

Baca: Econpile Raih Kontrak Kerja Cerucuk Bernilai RM42.82 Juta Untuk projek LRT Pulau Pinang

  • Butiran lanjut

Kami difahamkan bahawa, sebelum kerja ini ditawarkan, ECON telahpun terlibat dalam kerja pembinaan cerucuk ujian untuk Segmen 1 LRT Pulau Pinang. Berdasarkan pemerhatian kami, jarak antara stesen Jelutong Timur dan Gelugor adalah lebih kurang 5km daripada anggaran jarak penuh Segmen 1 LRT Pulau Pinang sepanjang 24km. Hal ini bermakna jumlah pakej kerja pembinaan cerucuk mungkin mencecah lima (sekiranya setiap satu pakej meliputi jarak kira-kira 5km) (Rajah 2). Maka, kami tidak menolak kemungkinan lebih banyak kerja pembinaan cerucuk akan ditawarkan pada masa akan datang.

Mengikut anggaran kami, buku tempahan belum bayar terkini ECON mencecah kira-kira RM480 juta, manakala tawaran kerja baharu dari awal tahun hingga kini. (YTD) FY25 ialah RM300 juta (berbanding sasaran kami sebanyak RM300 juta untuk FY25) – merangkumi kerja pembinaan cerucuk untuk kondominium, jambatan dan bangunan komersial pelbagai guna, selain tawaran kerja terbaharu ini. Sementara itu, buku tender kumpulan ini mencecah sekitar RM1 bilion, dan membabitkan kerja-kerja sektor swasta dan awam. Faktor-faktor pemangkin untuk kenaikan nilai saham ialah kelulusan projek Sungai Klang Link yang diterima lebih awal daripada jangkaan (RM300-500 juta untuk kerja cerucuk). Kami menjangkakan GPM bagi kerja terkini ini adalah antara 5-8%.

Tiada pindaan dibuat pada anggaran perolehan kami memandangkan kerja terbaharu ini termasuk dalam sasaran penambahan kerja kami untuk FY25. Oleh
itu, TP RM0.42 kami kekal sama, dan diperoleh dengan menetapkan kiraan EPS FY26F pada P/BV sasar 1.9x. P/BV sasar yang berada pada +1SD daripada paras purata lima tahun ini dilihat wajar kerana ia mencerminkan peranan ECON sebagai subkontraktor bagi projek-projek bernilai besar seperti Transit Aliran Massa 2 (RM180 juta) dan LRT 3 (RM208.7 juta) (Rajah 1).

Walaupun perolehan FY26-27F kami mencerminkan pertumbuhan berbanding rugi teras yang dicatat semasa FY22-24, unjuran kami masih belum mencapai tahap yang dilihat pada FY18, apabila perolehan teras bersamaan dengan RM87 juta. Hal ini mewajarkan tindakan kami untuk terus menggunakan kaedah P/BV untuk menilai saham ini.

Kami tetap positif akan rekod prestasi ECON dalam kerja prasarana berbanding kontraktor cerucuk lain, di samping penilaiannya yang murah memandangkan
nilai saham ini iaitu P/BV FY26F 1.2x adalah -0.5SD daripada purata 10 tahun.

  • Faktor pemacu utama
    • Ramalan hasil kami paling peka dengan perubahan yang berlaku dalam pelaksanaan pelbagai projek prasarana mega dan juga pembangunan hartanah di Malaysia.

  • Risiko utama
    • i. Pelaksanaan projek-projek prasarana mega yang lebih lambat daripada jangkaan
    • ii. Kos bahan binaan yang tidak menentu

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh:  Econpile Holdings : Penampilan Sulung Untuk LRT Pulau Pinang; Kekal BELI (6 Jun 2025)

Laporan Sebelumnya: Econpile Holdings : A Stronger Climb Ahead After Momentary Dip; BUY (30 Mei 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Econpile Holdings : Making a Debut For Penang LRT; Stay BUY (6 Jun 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.


Tags: Bursa MalaysiaECONBHDEconpile BhdFBM KLCILRT Pulau Pinang
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In