KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM42.82 juta daripada Irama Duta Sdn Bhd untuk menjalankan kerja-kerja cerucuk dan pembinaan berkaitan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kerja-kerja itu adalah sebahagian daripada Laluan Mutiara (MTL) Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT) – Pakej CMC1.
“Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan syarikat dari tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026 dan seterusnya. Projek itu dijangka bermula pada 1 Ogos, 2025 dan dijangka siap pada 31 Oktober, 2027.
“Tiada risiko ketara boleh dijangka selain daripada risiko operasi berkaitan dengan projek dalam tempoh kontrak. Pihak pengurusan akan melaksanakan langkah kawalan dan prosedur operasi untuk mengurangkan kesan atau kemungkinan kejadian sedemikian,” katanya.
— BERNAMA
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM





