• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, November 6, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

in Catalyst, Saham Global
A A
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Pertumbuhan Pusat Data: Segmen pusat data menyumbang lebih 88% daripada jumlah pendapatan, didorong oleh permintaan tinggi terhadap cip AI Nvidia.
  • Caj Berkaitan China: Sekatan eksport AS terhadap cip H20 ke China menyebabkan caj inventori sebanyak AS$4.5 bilion

SANTA CLARA, 28 Mei 2025 — Nvidia (NASDAQ: NVDA) telah mengumumkan keputusan kewangan suku pertama tahun fiskal 2026 yang berakhir pada 27 April 2025, mencatatkan pendapatan sebanyak AS$44.06 bilion, melebihi jangkaan penganalisis. Keuntungan sesaham (EPS) bukan GAAP pula adalah AS$0.96, juga mengatasi anggaran pasaran.

Permintaan AI Dorong Pertumbuhan

Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan global yang kukuh terhadap cip AI Nvidia, terutamanya dalam segmen pusat data yang menyumbang AS$39.1 bilion kepada pendapatan, meningkat 73% berbanding tahun sebelumnya. Serta menyumbang lebih 88% daripada jumlah pendapatan.

Sumber: NVIDIA

Cabaran Sekatan Eksport ke China

Walaupun prestasi cemerlang, Nvidia menghadapi cabaran akibat sekatan eksport dari AS ke China. Syarikat tidak dapat menghantar cip H20 bernilai AS$2.5 bilion dan terpaksa menanggung caj inventori sebanyak AS$4.5 bilion. Sekatan ini dijangka memberi impak sehingga AS$8 bilion kepada pendapatan suku kedua.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Fokus pada Infrastruktur AI Global

“Global demand for Nvidia’s AI infrastructure is incredibly strong,” CEO Jensen Huang

CEO Jensen Huang menekankan pentingnya infrastruktur AI, menyatakan bahawa negara-negara kini menganggapnya sepenting elektrik dan internet. Nvidia terus melabur dalam projek AI global, termasuk di Arab Saudi dan Taiwan, serta merancang makmal pengkomputeran kuantum di Boston.

Reaksi Pasaran Positif

Walaupun menghadapi cabaran, harga saham Nvidia meningkat kira-kira 6% dalam dagangan selepas waktu pasaran, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap prospek jangka panjang syarikat dalam bidang AI.

*Menurut saringan syariah daripada Webull, saham NVIDIA adalah patuh syariah.

Nak mula beli saham Amerika Syarikat? Boleh buka akaun dagangan dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam! Nak tutorial, boleh klik sini.

Unjuran Masa Depan

Nvidia menjangkakan pendapatan suku kedua sekitar $45 bilion, walaupun berdepan sekatan eksport. Syarikat juga sedang membangunkan produk yang mematuhi peraturan untuk pasaran China.

Dengan prestasi kewangan yang kukuh dan strategi global yang agresif, Nvidia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam revolusi AI, walaupun berdepan cabaran geopolitik.

Sumber: Business Insider, CNBC

Rebut Peluang Belajar Melabur Saham Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk mula melabur saham di Wall Street.

Daftar Sesi PERCUMA sekarang >> Klik SINI!!

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street hari ini!

Tags: Quarter ReportWall Street
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In