Dalam dunia bisnes hari ini, jualan bukan lagi sekadar pasang kedai dan tunggu pelanggan datang. Syarikat seperti Oasis Home Holding Berhad membuktikan bahawa strategi digital-first seperti live commerce bukan sahaja berkesan untuk menjual, tetapi juga cukup kuat untuk membawa sebuah syarikat ke papan Bursa Malaysia.
Syarikat ini bakal disenaraikan di Pasaran ACE pada 28 Mei 2025, dengan harga tawaran awam permulaan sebanyak RM0.28 sesaham. Di bawah ini ialah kupasan lengkap IPO ini berdasarkan 10+1 kriteria yang sering digunakan pelabur bijak.

1. Status Syariah
Dalam dunia bisnes hari ini, jualan bukan lagi sekadar pasang kedai dan tunggu pelanggan datang. Syarikat seperti Oasis Home Holding Berhad membuktikan bahawa strategi digital-first seperti live commerce bukan sahaja berkesan untuk menjual, tetapi juga cukup kuat untuk membawa sebuah syarikat ke papan Bursa Malaysia.
Syarikat ini bakal disenaraikan di Pasaran ACE pada 28 Mei 2025, dengan harga tawaran awam permulaan sebanyak RM0.28 sesaham. Di bawah ini ialah kupasan lengkap IPO ini berdasarkan 10+1 kriteria yang sering digunakan pelabur bijak.
1. Status Shariah
Oasis Home Holding telah disahkan patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini menjadikannya salah satu IPO yang terbuka kepada pelabur Islam dan patuh kepada prinsip pelaburan halal. Kepastian ini memberi kelebihan besar dalam menarik minat pelabur runcit yang mengutamakan pelaburan yang bersih dari unsur riba atau gharar.
2. Latar Belakang Syarikat
Diasaskan pada tahun 2021 dan berpangkalan di Puchong, Oasis Home Holding Berhad ialah syarikat yang menguruskan jenama Oasis – jenama produk gaya hidup yang merangkumi barangan rumah, penjagaan diri dan kesihatan. Keunikan syarikat ini ialah pendekatan direct-to-consumer menggunakan kaedah jualan secara siaran langsung melalui platform seperti Facebook Live dan TikTok Live, selain aplikasi mudah alih dan dua pusat fizikal di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Mereka turut menjangkau pasaran luar seperti Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikan jenama ini semakin dikenali di rantau ini.
3. Jumlah Saham & Tawaran IPO
IPO ini melibatkan penerbitan 100 juta saham baharu dan 50 juta saham tawaran jualan, menjadikan jumlah keseluruhan 150 juta unit yang akan ditawarkan kepada pelabur. Selepas penyenaraian, jumlah saham terkumpul ialah 500 juta unit. Daripada jumlah itu, 25 juta diperuntukkan kepada pelabur awam melalui balloting, manakala selebihnya diagihkan kepada pelabur terpilih, pengarah, pekerja, serta pelabur Bumiputera melalui MITI.
4. Pemilik & Cornerstone Investor
Syarikat ini dimiliki secara majoriti oleh dua individu utama iaitu Datuk Teoh Yee Seang dan Tang Jing Wen. Kedua-duanya mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan dan pemasaran. Tiada pelabur institusi utama yang disenaraikan sebagai cornerstone investor, namun ini membuka lebih banyak ruang kepada pelabur individu untuk mengambil bahagian dalam IPO ini.
5. Prestasi Kewangan (3 Tahun)
Dari segi kewangan, Oasis menunjukkan pertumbuhan yang stabil dan sihat. Pada tahun kewangan 2022, syarikat menjana hasil sebanyak RM40.9 juta dan mencatat keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM5.3 juta. Tahun berikutnya, hasil sedikit menurun ke RM40 juta namun PAT kekal kukuh sekitar RM4.9 juta. Menariknya, tahun 2024 menyaksikan lonjakan hasil kepada RM54.8 juta dengan PAT melonjak ke RM8.1 juta, menjadikan margin PAT tahun tersebut sebanyak 14.7%. Secara keseluruhan, margin keuntungan yang kukuh dan konsisten ini mencerminkan kecekapan operasi syarikat.
6. Kegunaan Dana IPO
Daripada kutipan sebanyak RM28 juta, sebahagian besar (kira-kira 48.9%) akan digunakan untuk mengembangkan saluran live commerce syarikat. Selebihnya akan digunakan untuk membina pusat pemenuhan (fulfillment center) (12.9%), modal kerja (15.4%), kos penyenaraian (15.7%), dan penubuhan ibu pejabat baharu (7.1%).
Fokus utama jelas kepada pengukuhan infrastruktur jualan secara langsung, yang menjadi nadi utama model perniagaan mereka.
7. Polisi Dividen
Syarikat telah menyatakan hasrat untuk membayar dividen sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan bersih tahunan. Walaupun tiada jaminan tetap, rekod sebelum ini menunjukkan syarikat telah memberi dividen interim sebanyak 0.75 sen sesaham pada tahun 2024, sesuatu yang agak luar biasa bagi syarikat muda di pasaran.
8. Persaingan & PE Ratio
Dalam industri yang sama, Oasis bersaing dengan beberapa syarikat seperti New Me Marketing, QR Qyes, 123 Live Mall, dan Elite High. Dari segi hasil dan keuntungan, Oasis berada di hadapan. Tiada maklumat PE ratio diberikan dalam prospektus kerana syarikat masih belum tersenarai, namun dari perspektif margin keuntungan, mereka jauh mengatasi pesaing.
9. Potensi Industri
Industri produk gaya hidup pengguna di Malaysia kini berkembang pesat, dengan saiz pasaran mencecah lebih RM100 bilion. Lebih menarik, pasaran live commerce di Asia Tenggara dijangka melonjak daripada USD3 bilion pada 2018 kepada USD76.6 bilion menjelang 2027. Malaysia berada di kedudukan ketiga tertinggi di rantau ini dalam penggunaan live commerce. Dengan Oasis kini mengendalikan 13 saluran live aktif, mereka sudah pun berada dalam posisi kukuh untuk memanfaatkan pertumbuhan ini.
10. Pegangan Pasaran
Walaupun masih baru, Oasis telah berjaya menguasai 0.4% daripada pasaran jualan atas talian Malaysia pada tahun 2024, meningkat daripada 0.3% pada tahun sebelumnya. Bagi keseluruhan pasaran gaya hidup, pegangan mereka masih kecil iaitu sekitar 0.05%, namun trendnya menunjukkan pertumbuhan yang konsisten tahun ke tahun.
11. Harga Sasaran Daripada Penganalisis
Menurut laporan penganalisis oleh Malacca Securities, saham Oasis berpotensi mencapai harga sasaran RM0.42, mewakili peningkatan sebanyak 50% daripada harga IPO. Penilaian ini berdasarkan unjuran EPS sebanyak 2.35 sen dan PE sebanyak 18 kali. Firma tersebut juga menjangka pertumbuhan keuntungan pada kadar CAGR 19.2% dalam masa 3 tahun akan datang.
Sesuai Untuk Siapa?
Dengan semua indikator ini, Oasis Home Holding Berhad dilihat sebagai calon IPO yang sesuai untuk pelabur jangka sederhana hingga panjang yang percaya pada potensi pertumbuhan digital, terutama dalam segmen live commerce. Walaupun saiz pasaran mereka masih kecil, momentum dan arah tuju syarikat kelihatan jelas – mereka sedang bersedia untuk jadi peneraju dalam dunia jualan digital interaktif di Malaysia.
Jika anda sedang mencari IPO patuh Syariah yang agresif dan berpaksikan teknologi jualan masa depan, Oasis Home mungkin pilihan yang berbaloi untuk diberi perhatian.
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.