KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital) merancang untuk mengembangkan perniagaan ke dalam sektor pengurusan fasiliti selepas memperoleh perjanjian konsesi Menara Kuala Lumpur selama 20 tahun.
Pengerusi Bukan Eksekutif Tan Sri Lim Keng Cheng berkata meskipun syarikat itu berasaskan pembinaan, pengurusan fasiliti menawarkan peluang besar untuk pertumbuhan perniagaan.
“Kami akan meneroka peluang dalam pengurusan fasiliti dan terus berkembang.
“Pengurusan fasiliti mempunyai risiko lebih rendah berbanding aktiviti pembinaan. Pada masa ini, kami mempunyai nilai perolehan kontrak yang kukuh berjumlah RM1.5 bilion,” katanya pada sidang media selepas penyenaraian LSH Capital di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.
LSH Capital baru-baru ini menandatangani perjanjian konsesi selama 20 tahun dengan kerajaan Persekutuan untuk mengendalikan dan menyelenggara Menara KL bermula 1 April 2025.
Sementara itu, Lim turut menjangkakan pertumbuhan positif bagi LSH Capital, didorong oleh kemajuan projek LSH Segar serta penyiapan pembangunan bercampur Laman Seri Harmoni atau LSH 33.
“Kami juga percaya bahawa tiga segmen perniagaan utama syarikat akan disokong oleh konsesi Menara KL.
“Dengan asas perniagaan yang kukuh, keputusan kewangan dijangka positif dan diharap dapat dilihat pada suku akan datang,” katanya.
Mengenai penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, LSH Capital dibuka pada harga 73 sen dengan jumlah dagangan sebanyak 2.81 juta saham.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan harga pembukaannya lebih rendah 17 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 88 sen.
Bagaimanapun, harga sahamnya meningkat kembali ke paras IPO 88 sen dalam tempoh 10 minit dagangan.
“IPO ini berjaya mengumpul sekitar RM116.2 juta, yang akan digunakan secara strategik untuk membiayai modal kerja bagi projek pembinaan dan pembangunan hartanah yang sedang berjalan serta akan datang,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.