• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Saham “Terrific Ten”: Gergasi Teknologi yang Mengubah Pasaran

in Saham Global
A A
Saham “Terrific Ten”: Gergasi Teknologi yang Mengubah Pasaran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Amerika Syarikat boleh berbangga dengan tujuh saham gergasi mereka yang diberi gelaran Maginificient 7. Saham yang membentuk Magnificent 7 ini ialah

  • Apple
  • Microsoft
  • NVIDIA
  • Alphabet
  • Amazon
  • Meta
  • Tesla

Dengar sahaja nama-nama saham ini, tidak perlu dipertikaikan lagi saiz modal pasaran syarikat ini. Terma Magnificent 7 ini direka pada 2023 oleh Michael Hartnett, pengarah urusan dan ketua pakar strategi di Bank of America Global Research.

Status Syariah Saham Magnificent 7

Sumber: CGS International Securities Malaysia 

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Daripada 7 saham tersebut, 5 daripadanya adalah patuh syariah.

Baca juga: Impak ‘Magnificent 7’ Terhadap Pasaran Saham

Jika di Amerika ada Magnificent 7, baru-baru ini di China pula nama ‘Terrific Ten’ mula mendapat perhatian. Apakah itu Terrific Ten?

Terrific Ten

“Terrific Ten” merujuk kepada sepuluh syarikat teknologi terkemuka China yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pasaran saham, sering dibandingkan dengan “Magnificent Seven” dari Amerika Syarikat. 

Istilah ini muncul seiring lonjakan saham teknologi China, didorong oleh sokongan kerajaan dan inovasi dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Berikut adalah senarai “Terrific Ten”:

  1. Alibaba Group
  2. Tencent Holdings
  3. JD.com
  4. Xiaomi Corporation
  5. BYD Company
  6. Geely Automobile
  7. Baidu Inc.
  8. NetEase Inc.
  9. Meituan
  10. Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC)

Syarikat-syarikat ini telah menyumbang kepada peningkatan hampir 70% dalam indeks teknologi Hang Seng sepanjang 12 bulan lalu, berbanding kenaikan 27% untuk Nasdaq.

Sumber: TradingView

Faktor-faktor seperti sokongan kerajaan, inovasi teknologi, dan permintaan domestik yang kukuh telah mendorong prestasi cemerlang “Terrific Ten”. Namun, ketegangan geopolitik dan risiko peraturan boleh mempengaruhi momentum ini.

Kesemua syarikat ini disenaraikan di pasaran saham Hong Kong.

Salah sebuah broker yang menawarkan platform untuk urusan jual beli saham di pasaran Hong Kong adalah CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd melalui platform mereka iaitu iTrade. Dengan satu login, anda bukan sahaja dapat beli saham Bursa Malaysia tetapi juga sehingga 10 pasaran.

Buka akaun dengan CGS International secara online dengan tutorial mudah ini. Klik Sini Untuk Tutorial

Daripada 10 saham tersebut, 2 daripadanya adalah patuh syariah mengikut tapisan di platform CGS International.

XIAOMI 01810
GEELY 00175

Kesimpulan

“Terrific Ten” adalah kumpulan saham teknologi China yang berpotensi besar, tetapi pelabur perlu memahami risiko yang datang bersama peluang ini.

Bagi mereka yang berminat dalam pelaburan jangka panjang, “Terrific Ten” boleh menjadi pilihan menarik dengan fokus pada syarikat yang menunjukkan pertumbuhan konsisten. Namun, pemantauan berterusan terhadap dasar kerajaan dan pasaran global adalah penting sebelum membuat keputusan pelaburan.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅ BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

KINI DIBUKA UNTUK LANGGANAN!

➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham

DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Tags: Amerika SyarikatGeelyHong KongMagnificent SevensahamTerrific TenWall StreetXiaomi
Share212ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

11 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

11 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

11 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In