Pelabur Amerika gemar memberikan akronim bagi saham-saham gergasi teknologi di negara itu. Mula-mula dahulu 4 syarikat gergasi teknologi iaitu Facebook, Amazon, Netflix dan Google membentuk FANG.
Selepas itu pada tahun 2017, satu lagi saham ditambah iaitu Apple menjadikan akronim tersebut menjadi FAANG.
Namun, akronim tersebut tidak lagi dipakai secara meluas kerana wujudnya satu nama baru bagi mewakili syarikat-syarikat besar. Kini, kita dapat melihat 7 saham membentuk “Magnificent 7”.
Saham yang membentuk Magnificent 7 ialah Apple, Microsoft, NVIDIA, Alphabet, Amazon, Meta dan Tesla.
Terma Magnificent 7 ini direka pada 2023 oleh Michael Hartnett, pengarah urusan dan ketua pakar strategi di Bank of America Global Research.
Berikut merupakan kedudukan dan modal pasaran (Market Cap) bagi saham Magnificent 7 setakat 28 Julai 2024.
Kedudukan mengikut Market Cap | Syarikat | Pulangan YTD (%) |
1 | Apple Inc | +17.41% |
2 | Microsoft Corporation | +14.67% |
3 | Nvidia Corporation | +134.71% |
4 | Alphabet | +20.87% |
5 | Amazon.com Inc | +21.72% |
6 | Meta Platforms Inc | +34.48% |
7 | Tesla | -11.52% |
Jumlah modal pasaran (Market Cap) saham Magnificent 7 adalah USD15.13 trilion setakat 28 Julai 2024.
Dengan membuat perbandingan dengan S&P500, modal pasaran (Market Cap) S&P500 adalah sebesar USD45.82 trilion. Magnificent 7 sahaja telah merangkumi 33% daripada nilai modal pasaran S&P500.
Nilai ini sangatlah besar sehinggakan 7 syarikat itu mampu merubah landskap pasaran saham sekiranya tujuh syarikat tersebut naik mahupun menurun.
Pada 24 Julai 2024 yang lalu, pasaran saham Amerika dikejutkan dengan penjualan besar-besaran terhadap saham teknologi. Ini menyebabkan indeks Nasdaq mengalami kejatuhan terbesar sejak 2022.
Pada hari tersebut kesemua saham Magnificent 7 ditutup rendah. Dalam tempoh 1 hari sahaja, modal pasaran Magnificent 7 telah kehilangan sebanyak USD759.9 bilion. Kali terakhir Magnificent 7 jatuh dengan kritikal ialah pada 3 Februari 2022 dan ketika itu cuma kehilangan USD620.1 bilion.
Kelebihan & Risiko
Antara kelebihan melabur dalam Magnificent 7 adalah kesemua syarikat ini merupakan syarikat teknologi yang mempunyai pertumbuhan yang tinggi. Kesemua tujuh syarikat ini juga menjadi tumpuan pelabur jerung dari seluruh dunia dan menjadikannya agak kukuh.
Seperti yang kita tahu, sektor teknologi sentiasa menarik minat yang tinggi dari ramai pelabur di seantero dunia. Oleh itu, apabila sektor ini mula mempunyai momentum kita dapat melihat saham-saham ini membuat kenaikan yang sangat tinggi meskipun harganya agak mahal.
Jika anda merupakan pelabur yang tidak mahu pening-pening maka anda boleh melabur dalam komponen Magnificent 7 atau anda juga boleh melabur dalam kesemua syarikat yang membentuk Magnificent 7.
Walaubagaimanapun, ia juga boleh menjadi risiko kepada portfolio anda kerana kesemuanya adalah daripada sektor yang sama. Apabila sektor teknologi mula merosot, ia juga memberi kesan besar terhadap portfolio anda.
Kesimpulannya, anda mungkin ingin membuat perancangan dalam meletakkan sebahagian modal di dalam Magnificent 7 dan sebahagian lagi di sektor yang lain.
Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.
Nak Trade Saham Global? Ini Cara Mudah Untuk Buka Akaun Dengan CGS-CIMB
Nak beli saham global seperti Facebook, Tesla, Microsoft, AMD tapi tak tahu nak guna broker apa?
Terdapat banyak broker luar negara yang menyediakan platform untuk membeli saham global. Namun, broker tempatan juga tidak kurang hebatnya kerana banyak broker tempatan turut mempunyai servis yang sama.
Antara broker tempatan yang menyediakan platform jual beli saham global dan patuh syariah adalah seperti CGS-CIMB, BIMB dan MIDF.
Nak buka akaun CGS-CIMB juga amat mudah. Percuma* dan semuanya secara online! Tak perlu susah-susah keluar rumah dah boleh buka akaun pelaburan saham global.
Jom ikut langkah-langkah di bawah.
- Klik Buka Akaun CDS CGSI dan masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference
- Muat naik fail kad pengenalan anda dalam format JPEG, JPG dan PNG sahaja
- Pada ruang Type of Broking > pilih Equities – Share Trading > iCash Trading > Cross Border
- Isi dengan lengkap semua maklumat yang diperlukan
- Setelah siap Register, semak emel untuk sahkan maklumat anda
- Siap! Permohonan anda akan diproses dalam masa 5-10 hari bekerja
- Setelah akaun anda berjaya dibuka, anda akan menerima emel dari pihak CGSI
Mudah sahaja.
Kalau perlukan bantuan untuk buka akaun pelaburan boleh juga klik: https://t.me/+1Az11JVK4XAzZDdl
Jom mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Untuk makluman, CGSI sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB.
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?
Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet