fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan Khamis, sekali gus mengakhiri peningkatan semalam di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.41 mata kepada 1,584.30 daripada paras 1,588.71 yang dicatatkan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka turun 0.72 mata kepada 1,587.99.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

Bagaimanapun pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 177 berbanding 133 manakala 225 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,853 tidak diniagakan dan 97 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 125.38 juta saham bernilai RM98.96 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur walaupun dibuka tinggi susulan sentimen terus diasak perbincangan mengenai kemungkinan lebih banyak tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU).

Pandangan kurang optimis terhadap ekonomi Amerika Syarikat (AS) pula menyaksikan hasil Perbendaharaan 10 tahun terus berkurangan kepada 4.256 peratus.

“Di peringkat tempatan, indeks petunjuk utama Bursa Malaysia FBM KLCI naik 20 mata, sekali gus mengatasi penurunan semalam. Kami sendiri agak terkejut dengan peningkatan ketara bursa yang sebahagiannya disebabkan oleh aliran menaik serantau.

“Kami menjangkakan keadaan itu dibantu oleh pembeli yang didorong unjuran lebih positif terhadap keputusan prestasi kewangan korporat domestik yang lebih baik bagi 2024,” katanya kepada Bernama.

Susulan itu, Thong menjangkakan indeks penanda aras itu akan berada dalam julat 1,590-1,600 dalam dagangan hari ini.

Selain itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank tidak berubah pada RM10.70, CIMB berkurangan dua sen kepada RM8.26, Public Bank susut lima sen kepada RM4.50, Tenaga Nasional turun enam sen kepada RM13.52 dan IHH Healthcare menguncup empat sen kepada RM7.26.

Bagi saham aktif, Ingenieur Gudang, Sapura Energy dan RGB International menokok setengah sen masing-masing kepada 4.5 sen, 3.5 sen and 41 sen manakala Nationgate meraih tujuh sen kepada RM1.93 dan My E.G. Services menokok 1.5 sen kepada 96.5 sen. 

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas berkurangan 6.89 mata kepada 11,877.38 dan Indeks FBMT 100 susut 10.13 mata kepada 11,628.92.

Indeks FBM Emas Syariah sebaliknya meningkat 7.45 mata kepada 11,540.03, Indeks FBM 70 melonjak 73.50 mata kepada 17,076.84 dan Indeks FBM ACE menokok 12.27 mata kepada 4,811.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 75.23 mata kepada 19,402.32 manakala Indeks Perladangan susut 8.11 mata kepada 7,533.95. 

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.92 mata kepada 160.31 manakala Indeks Tenaga meraih 0.48 mata kepada 763.10.

— BERNAMA 

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Klik & Buka Akaun Secara Online

Nak tutorial, boleh klik sini.

Tags: Bursa Malaysiasesi awalThong Pak LengWall Street
Share198ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In