• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ulasan Keputusan: KLCCP Stapled

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
Ulasan Keputusan: KLCCP Stapled
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Saranan NEUTRAL dikekalkan
  • Harga sasar (TP) baharu mencecah MYR8.52 daripada MYR8.20 melalui kaedah DDM
  • Potensi kenaikan harga saham 2%
  • Keuntungan Bersih KLCCP Stapled Melonjak Kepada RM1.02 Bilion
  • Profil Syarikat

KLCC Stapled Group (KLCCSS) terdiri daripada KLCC Property Holdings (KLCCP) dan KLCC REIT. Fokus utama KLCCP adalah terhadap pembangunan dan
pelaburan hartanah, manakala KLCC REIT ialah REIT patuh syariah yang memiliki Menara Berkembar Petronas antara lainnya.

  • Keputusan mencapai jangkaan

Keputusan FY24 dicatatkan KLCCP Stapled berjaya memenuhi jangkaan apabila ia melaporkan perolehan lebih kukuh YoY hasil daripada segmen runcit dan hospitaliti. Segmen pejabat terus stabil menerusi pajakan bersih tiga kali ganda jangka panjangnya, tetapi sepatutnya meningkat pada FY25 kerana kadar turun naik harga sewa yang menaik untuk Menara Berkembar Petronas pada Okt 2024.

Dengan paras hutang hanya 32%, kami berpendapat usaha pengambilalihan lanjut akan menjadi langkah baik untuk memacu pertumbuhan bukan organiknya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Untung teras 4Q24 bernilai RM196.2j (-5% QoQ, +21% YoY) memenuhi ramalan yang dibuat dengan mencapai 98-97% ramalan sepenuh tahun kami dan konsensus. Perolehan YoY pula berkembang 21% akibat perolehan kepentingan minoriti yang perlu dibayar semakin rendah selepas ia mengambil alih pegangan yang ada dalam Suria KLCC, dan menerima hasil lebih tinggi daripada segmen runcit dan hospitaliti. Purata kos hutang susut kepada 4.01% (FY23: 4.55%) selepas membuat pembiayaan semula sukuk bernilai RM1.05bn semasa tahun tersebut. Sekuriti stapled ini mengumumkan dividen sebanyak 44.5sen untuk tahun yang sama (FY23: 40.5 sen).

  • Terus teguh

Pada FY24, Suria KLCC berjaya merekodkan hasil 7% lebih tinggi dan untung sebelum cukai (PBT) 9% lebih tinggi apabila mencatat kadar penghunian lebih
kukuh (FY24: 99%, FY23: 96%) dan kadar turun naik harga sewa berdigit tunggal. Walaupun berhadapan persaingan kian sengit daripada pembukaan pusat beli-belah baharu di pusat bandar, ia masih mencatat kenaikan 4% dalam bilangan pengunjung YoY, meskipun jualan penyewa dalam bentuk perolehan tahunan bergerak (MAT) jatuh 7% daripada paras tinggi pada FY23.

Kumpulan ini masih giat memperbaharui penawarannya dengan memperkenalkan 28 penyewa baharu, termasuk lima penyewa yang menawarkan produk baharu dalam pasaran. Berbantukan pajakan tiga kali ganda jangka panjangnya, segmen pejabat mencatat kenaikan kecil sebanyak 0.2% dan 1.5% dalam hasil dan PBT YoY. Akan tetapi, kami menjangkakan pertumbuhan lebih besar nanti untuk segmen ini selepas mencapai kadar turun naik harga sewa yang baik untuk Menara Berkembar Petronas pada Okt 2024.

  • Tahun pemulihan buat Mandarin Oriental (MO)

PBT FY24 untuk MO meningkat empat kali ganda kepada RM12j (FY23: MYR3j) berikutan peningkatan hasil 14%.

Biarpun kadar penghunian hotel ini rata-ratanya stabil (FY24: 56%, FY23: 58%), hasil bagi setiap bilik yang tersedia (RevPar) bertambah 21% kepada RM610 pada FY24, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam tempahan penginapan secara beramai-ramai dan penganjuran acara majlis jamuan. Sesetengah ruang di hotel ini seperti ruang mesyuarat dan kawasan rekreasi sudahpun diubah suai, dan usaha peremajaan hotel ini akan diteruskan pada FY25.

  • Semakan perolehan

Kami bertindak merendahkan perolehan FY25F-26F sebanyak 1.5% dan 1% selepas menyemak andaian kos dan memperkenalkan perolehan RM900j untuk FY27F. Namun begitu, kami menaikkan TP setelah membuat semakan pada andaian kadar turun naik harga sewa berjangka lebih panjang kami untuk segmen pejabat dan runcit. Premium ESG 4% dimasukkan dalam pengiraan TP.

  • Faktor pemacu utama
  1. Perolehan stabil daripada aset-aset berkualiti ampuh
  2. KLCCP Stapled tidak terkesan oleh isu-isu pasaran tepu
  3. Ruang susun atur baharu di Suria KLCC yang dijangka dapat meningkatkan perolehan.

  • Risiko utama
  1. Risiko positif/negatif membabitkan perubahan sentimen pengguna
  2. Kadar turun naik harga sewa semakin tinggi/rendah
  3. Pengambilalihan aset baharu

    Penganalisis:

    Wan Muhammad Ammar Affan +603 2302 8103 ([email protected])
    Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

    Baca laporan analisis penuh: KLCCP Stapled : Mengakhiri Tahun Dengan Baiknya (6 Feb 2025)

    Laporan Sebelumnya: KLCCP Stapled : Stable, But With Limited Upside (26 Nov 2024)

    Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: KLCCP Stapled : Steady End To The Year (6 Feb 2025)

    Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

    Tags: KLCC Stapled
    Share220ShareSend

    Related Posts

    Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
    Catalyst

    Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

    9 months ago
    Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
    Asas Saham

    Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

    9 months ago
    Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
    Catalyst

    Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

    9 months ago
    TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
    Catalyst

    TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

    9 months ago
    No Result
    View All Result

    Follow Kami

    Facebook Telegram Youtube
    ADVERTISEMENT

    Follow Kami

    Telegram Facebook Twitter Youtube

    Penafian

    Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

    Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

    Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

    Kategori

    • Advertorial
    • Asas Saham
    • Aset Digital
    • Berita
    • Catalyst
    • Fundamental Analisis
    • Hebahan
    • Indikator
    • Inspirasi
    • Market Update
    • Pengalaman Saham
    • Produk
    • Saham
    • Saham Global
    • Technical Analysis
    • Trading Idea
    • Uncategorized

    Hubungi Kami

    Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

    Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

    No Result
    View All Result
    • Asas Saham
    • Fundamental Analisis
    • Teknikal Analisis
    • Saham Global
    • Pengalaman Saham
    • Inspirasi
    • Produk

    Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In