KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih KLCCP Stapled Group melonjak sebanyak 9.15 peratus kepada RM1.02 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM931.29 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya, selepas dipacu oleh pertumbuhan mantap merentasi semua perniagaan.
Hasil juga naik 5.66 peratus kepada RM1.71 bilion daripada RM1.62 bilion, disokong oleh prestasi pasaran dan tumpuan strategik yang baik.
Bagi suku keempat 2024, keuntungan bersih kumpulan meningkat 12.04 peratus kepada RM430.91 juta, menokok dari RM384.59 juta pada suku yang sama tahun sebelum ini, manakala pendapatan bertambah 3.72 peratus kepada RM459. 10 juta berbanding RM442.63 juta sebelumnya.
KLCCP Stapled telah mengisytiharkan dividen sebanyak 17.10 sen setiap sekuriti stapled pada suku tersebut, menjadikan jumlah dividen bagi tahun ini kepada 44.50 sen setiap sekuriti stapled, kenaikan sebanyak 9.9 peratus daripada 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Property Holdings Bhd dan KLCC REIT Management Sdn Bhd, Datuk Mohd Salem Kailany berkata prestasi keseluruhan kumpulan pada 2024 mencerminkan pertumbuhan yang cemerlang dalam semua segmen perniagaan, membolehkan kumpulan itu menyampaikan pembayaran dividen tertinggi sejak penyenaraiannya pada 2013.
“Dengan perbelanjaan pelanggan yang mantap dan industri pelancongan yang semakin pulih, kami tetap teguh dalam pertumbuhan kami yang berterusan sambil komited kepada tumpuan strategik kami dalam memberikan nilai serta kecemerlangan kepada para pemegang saham kami,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Kumpulan itu ketika mengulas mengenai prospek melahirkan keyakinan tetapi dengan berhati-hati untuk menyampaikan prestasi positif seterusnya pada 2025, yang disokong oleh kestabilan segmen pejabat yang telah menerima dorongan pajakan jangka panjang dan pengaturan pajakan tiga kali ganda.
Suria KLCC komited bagi mengekalkan kehadiran dalam menara berkembar Petronas yang ikonik dengan mengutamakan strategi yang berpusatkan pelanggan dan pertumbuhan yang mampan.
“Usaha pusat membeli-belah itu untuk meningkatkan pengalaman pelanggan serta memacu inovasi adalah penting dalam mengemudi landskap yang kompetitif termasuk usaha memupuk persekitaran yang menyokong semua pihak berkepentingan,” katanya lagi.
Sementara itu, Mandarin Oriental terus mengukuhkan kerjasama dengan rakan kongsi KLCC bagi mencapai prestasi yang mampan.
Melangkah ke hadapan, kumpulan itu tetap komited ke arah peningkatan aset, yang bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan perkhidmatan dan pengalaman pelanggan di KLCC Precinct.
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout