• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Kebangkitan Tenaga Boleh Baharu (TBB)

in Catalyst, Fundamental Analisis, Trading Idea
A A
8 Catalyst Penting Untuk Kaunter KPOWER, Patutlah Harga Saham Asyik Naik

Photovoltaic panels of solar power station in the landscape at sunset. View from above.

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan | Saham Pilihan Utama: Tenaga Nasional, YTL Power, dan Solarvest

Selepas Tempoh Kawal Selia 4 (2025-2027) diumumkan, kami percaya beberapa tema penting seperti kitaran menaik taraf kemudahan grid, peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu tempatan, dan jurang bekalan tenaga yang dirapatkan oleh syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) berpengalaman akan terus berlaku di tengah-tengah pelaksanaan pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Menerusi pengenalan subsektor tenaga boleh baharu (RE), para pelabur boleh mendapat peluang pelaburan yang lebih jelas, sementara syarikat RE boleh meraih kebolehlihatan lebih baik dan potensi pembiayaan untuk menjalankan pembangunan yang mapan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

  • RP4 berlangsung

Kami yakin tarif asas sebanyak 45.62 sen/kWj yang akan berkuat kuasa mulai 2H25 sudah mempertimbangkan purata pertumbuhan permintaan tiga
tahun antara 4-5%. Capex bersyarat ini akan mendapatkan pulangan kawal selia yang sama sebanyak 7.3% dan akan dimasukkan dalam RAB. Capex bersyarat yang dirancangkan selama tiga tahun adalah untuk memenuhi bakal permintaan tambahan (seperti pusat data) dan projek berkaitan peralihan tenaga. Senarai projek bawah capex bersyarat sudahpun mendapat kelulusan awal oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) dan akan dilaksanakan sebaik sahaja permintaan muncul.
Kami menjangkakan pulangan kawal selia bersih kami akan menaik 5-7% jika angka capex penuh diambil kira. Hal ini menunjukkan TNB boleh memanfaatkan peluang yang tiba daripada potensi kenaikan tersebut jika permintaan elektrik meningkat lebih tinggi daripada yang sudah diambil kira dalam tarif asas.

  • Subsektor tenaga boleh baharu

Bursa Malaysia melancarkan sebuah subsektor baharu dan mengelaskan semula 13 syarikat berkuat kuasa 13 Jan 2025, sekali gus mencerminkan kepentingan RE yang semakin meningkat dalam pasaran. P/E FY25 untuk kumpulan ini adalah antara 10-23x, kecuali Cypark yang merekodkan P/E 86x disebabkan oleh ramalan pemulihan prestasinya. Nilai rendah yang dicatatkan Mega First Corporation (MFCB) mencerminkan tumpuannya dalam memiliki aset.

Syarikat EPCC suria pula diberikan nilai tinggi kerana rancangan pertumbuhan RE Malaysia menyasarkan komposisi 70% menjelang tahun 2050. Harga saham untuk syarikat-syarikat bawah subsektor ini rata-ratanya memaparkan pulangan tiga tahun yang tinggi, kerana mendapat sokongan daripada pemulihan sektor selepas situasi tidak menentu yang membelenggu program Suria Berskala Besar 4 (LSS4) dan inisiatif-inisiatif yang dijalankan seperti pelan NETR, Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP), dan program Suria Berskala Besar 5 (LSS5).

Liputan berita semakin rancak lepas pengumuman LSS5. Pembida-pembida yang disenarai pendek telah dimaklumkan pada 23 Dis 2024. Sejak itu, syarikat-syarikat sudah mula mengumumkan kuota mereka, dan lebih banyak pengumuman akan dibuat nanti. Kontrak-kontrak EPCC yang dianggarkan bernilai MYR7 bilion dijangka akan ditawarkan pada 2H25, dan hal ini menyediakan peluang kerja yang banyak buat syarikat kontraktor suria. Malahan, hal ini akan memastikan buku pesanan syarikat dapat ditambah semula susulan kebanyakan projek CGPP dijangka selesai sebelum akhir tahun 2025.

  • Risiko

Pelancaran kapasiti RE lebih rendah daripada jangkaan, dan kos mengurus lebih tinggi daripada ramalan.

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Utilities : The Rise Of Renewables; Still OVERWEIGHT (14 Jan 2025)

Penganalisis: Sean Lim CFA +603 2302 8128, Miza Izaimi +603 2302 8121

Laporan Hari Ini: Utiliti : Kebangkitan Tenaga Boleh Baharu; Kekal WAJARAN TINGGI (14 Jan 2025)

Laporan Sebelumnya: Utiliti : Suku Berprestasi Baik; Kekal WAJARAN TINGGI (18 Sep 2024)

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Tags: rhb researchSolarvestTBBTenaga Nasional
Share277ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In