• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Bursa Malaysia Umum Klasifikasi Subsektor Tenaga Boleh Baharu

in Asas Saham
A A
Reservoir Link, Sunseap Peroleh Kontrak Solar Atas Bumbung Di Kedah, Pulau Pinang
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd mewujudkan subsektor “tenaga boleh baharu” (TBB) dalam klasifikasi sektor tenaga dan utiliti untuk memberikan tumpuan kepada syarikat tersenarai awam (PLC) yang beroperasi dalam ruang TBB.

 Ia berkata klasifikasi subsektor itu termasuk PLC yang terlibat dalam menyediakan peralatan dan perkhidmatan untuk pengeluaran TBB, serta menghasilkan atau mengagihkan tenaga elektrik menerusi sumber TBB.

“Oleh itu Bursa Malaysia Securities Bhd telah mengemaskini klasifikasi sektor dan subsektor 13 PLC yang kini dikenal pasti beroperasi dalam ruang TBB, berkuat kuasa 9 pagi hari ini,” katanya.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Bursa itu berkata nombor saham dan nama singkatan saham bagi sekuriti yang terlibat kekal tidak berubah.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Muhamad Umar Swift berkata pengenalan klasifikasi subsektor TBB menjelaskan keupayaan Bursa Malaysia untuk memenuhi minat pelabur yang meningkat dalam syarikat dan penyedia yang mesra alam. 

Inisiatif ini, katanya turut menunjukkan sokongan proaktif bursa terhadap industri pesat membangun seperti TBB yang memainkan peranan penting dalam membentuk Malaysia yang lebih hijau dan mampan.

“Penambahan ini akan meningkatkan daya tarikan kami kepada pangkalan pelabur yang lebih luas, seiring dengan misi Bursa Malaysia untuk mencipta peluang serta meningkatkan nilai. 

“Kami tetap  komited dalam meningkatkan daya tarikan pasaran modal kepada pelabur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, langkah klasifikasi itu akan memberikan pelabur maklumat lebih jelas terhadap peluang khusus yang tersedia dalam subsektor sedang berkembang pesat seperti TBB.  

Maklumat yang lebih terperinci ini akan memudahkan pelabur untuk membuat keputusan pelaburan yang termaklum serta analisis yang mendalam terhadap potensi pertumbuhan dan cabaran yang dihadapi firma TBB, katanya.

Sementara itu, Bursa Malaysia berkata subsektor TBB ini akan meningkatkan keterlihatan PLC kepada kalangan pelabur yang menumpulan dalam inisiatif kemampanan dan mesra alam. 

“Dengan profil syarikat ini,  ia akan membantu mereka menarik lebih ramai pelabur, mendapatkan pembiayaan untuk meningkatkan operasi, inovasi atau melonjakkan kecekapan operasi.

“Usaha ini sekali gus mengukuhkan kedudukan pasaran dan penilaian syarikat TBB, di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara untuk jangka panjang serta masa depan tenaga yang lebih mampan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaBursa Malaysia SecuritiesPLCTBB
Share220ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In