KUALA LUMPUR, 6 Jan – Oriental Kopi Holdings Bhd, operator rangkaian kafe perkhidmatan makanan dan minuman (F&B), bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan sasaran mengumpulkan RM184 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).
Harga IPO syarikat ini ditetapkan pada harga 44 sen, dengan tarikh penyenaraian dijadualkan pada 23 Jan 2025.
Menurut kumpulan tersebut, hasil daripada IPO akan digunakan seperti berikut:
- RM75.78 juta atau 41.2% hasil IPO akan digunakan untuk modal kerja
- RM53.69 juta (29.2%) diperuntukkan untuk pembinaan ibu pejabat baharu, dapur pusat, dan gudang di Selangor
- RM36.4 juta (19.8%) akan digunakan untuk pengembangan rangkaian kafe di Malaysia
- RM5.5 juta (3.0%) untuk pemasaran luar negara
- RM5 juta (2.7%) bagi pengembangan segmen makanan berbungkus
- Baki RM7.6 juta (4.1%) untuk perbelanjaan penyenaraian
Kemudahan Baharu di Selangor Tingkatkan Operasi
Pengarah Eksekutif Oriental Kopi, Sean Koay Song Leng, menyatakan dapur pusat baharu seluas 108,448 kaki persegi di Puchong akan membantu memusatkan fungsi pengurusan, meningkatkan kecekapan penyimpanan dan pengedaran, serta mengoptimumkan operasi F&B.
“Dapur pusat ini akan mengurangkan beban kerja dapur di cawangan dengan memindahkan proses penyediaan makanan ke dapur pusat. Namun, persiapan terakhir tetap akan dilakukan di cawangan,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran prospektus IPO Oriental Kopi.
Rangkaian Kafe yang Berkembang Pesat
Sejak ditubuhkan pada Disember 2020, Oriental Kopi telah membuka 19 kafe di Malaysia dan Singapura. Kafe-kafe ini ditempatkan di lokasi strategik seperti pusat membeli-belah, lot kedai, KLIA2, dan St Giles Southkey Hotel, Johor Bahru.
Syarikat ini merancang untuk membuka 13 cawangan baharu di Malaysia pada 2025 serta menambah dua lagi kafe di Singapura. “Kami juga sedang mempertimbangkan untuk meluaskan perniagaan ke negara jiran,” tambah Koay.
Permohonan IPO Kini Dibuka
Dengan modal saham diperbesarkan kepada 2 bilion saham biasa, Oriental Kopi dijangka mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM880 juta. IPO ini menawarkan 418.1 juta saham biasa, termasuk:
- 60 juta saham kepada awam Malaysia melalui pengundian,
- 20 juta saham kepada pengarah, pekerja, dan individu yang layak,
- 88.1 juta saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih,
- 250 juta saham untuk pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Permohonan untuk IPO dibuka hari ini dan akan ditutup pada 10 Jan, jam 5 petang. Alliance Islamic Bank Bhd bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal, dan ejen penempatan untuk IPO ini.
Status Syariah
Buat masa ini, IPO ini dikategorikan sebagai tidak patuh syariah. Namun menurut Alliance Islamic Bank Bhd, secara asasnya perniagaan Oriental Kopi mematuhi prinsip Syariah kerana tidak melibatkan bahan-bahan yang tidak halal. Setakat 31 Disember 2024, 13 daripada 20 cawangan mereka telah memperoleh pensijilan Halal, manakala baki cawangan dijangka mendapatkan pensijilan Halal menjelang 2025. Semua produk runcit mereka seperti kopi, tart, dan roti juga telah disahkan Halal.
Namun, mereka belum diiktiraf sebagai saham patuh Syariah secara teknikal kerana masih belum mencapai 95% pendapatan daripada sumber perniagaan yang telah disahkan Halal seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Setakat ini kumpulan hanya berjaya capai 88%.
Boleh tunggu kemas kini Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti yang akan keluar pada bulan Mei atau November ini untuk mengetahui status syariah saham syarikat ini.
Sumber rujukan Bernama dan Alliance Islamic Bank Bhd.
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia. Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!
Webull adalah antara platform pelaburan digital yang popular dalam kalangan pelabur. Webull menawarkan kos brokeraj percuma untuk 180 hari pertama dan selepas itu kos brokeraj mereka masih antara terendah di pasaran.
Ramai suka guna Webull sebab ada paparan interface yang menarik, ada 17 alat charting tools dan lebih daripada 58 penunjuk teknikal.
Hati-hati, kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa. Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk 90 hari pertama.
Nak tutorial, boleh klik sini.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!