KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Saham tawaran awam permulaan (IPO) Swift Energy Technology Bhd kepada orang ramai telah terlebih langganan sebanyak 58.09 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 8 Jan 2025.
Penyedia automasi industri dan sistem kuasa itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata orang ramai mengemukakan sebanyak 24,041 permohonan untuk 2.96 bilion saham terbitan bernilai RM827.91 juta.
Bagi bahagian Bumiputera, 12,048 permohonan dikemukakan untuk 1.28 bilion saham, menunjukkan kadar terlebih langganan sebanyak 49.99 kali manakala 11,993 permohonan untuk 1.68 bilion saham diterima untuk bahagian awam, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 66.19 kali.
“Sebanyak 50.04 juta saham terbitan yang disediakan untuk permohonan mereka yang layak telah dilanggan sepenuhnya.
“Sebanyak 125.1 juta saham terbitan yang diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri melalui tawaran saham persendirian telah dikeluarkan sepenuhnya,” kata syarikat itu.
Selain itu, 25.02 juta saham terbitan dan 50.04 juta saham tawaran yang diperuntukkan kepada pelabur terpilih menerusi tawaran saham persendirian telah dikeluarkan sepenuhnya.
Menerusi harga IPO 28 sen sesaham, Swift Energy menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM70.06 juta.
M & A Securities Bhd adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan Swift Energy bagi IPO berkenaan.
— BERNAMA
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.