KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM5.47 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2024 (suku pertama tahun kewangan 2025), meningkat semula daripada kerugian bersih RM57.71 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024.
Perolehan melonjak 80 peratus kepada RM885.89 juta pada suku pertama tahun kewangan 2025 daripada RM493.45 juta pada suku tahun sama tahun lepas.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pengeluar sarung tangan itu berkata peningkatan semula itu disebabkan aliran masuk pesanan yang kukuh dan berterusan meningkatkan kadar penggunaan kepada 66 peratus di kilang operasinya.
“Memacu pertumbuhan kukuh dalam jumlah jualan adalah aktiviti menambah sarung tangan secara berterusan dan aliran masuk pesanan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat menjelang tarif sebanyak 50 peratus ke atas import sarung tangan dari China.
“Peningkatan seterusnya untuk jumlah jualan dijangka menyusul,” katanya.
Menurut kumpulan itu, inisiatif meningkatkan kualiti dan mengoptimumkan kos yang berterusan selaras dengan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi, sekali gus menyokong pemulihan.
“Selain itu, pengukuhan dolar AS berbanding ringgit pada suku tahun tersebut membantu meningkatkan margin,” katanya.
Mengenai prospek, Top Glove menyatakan keyakinan, menekankan pemulihan yang stabil dalam industri sarung tangan dan aliran masuk pesanan yang berterusan.
“Tumpuannya kepada kecemerlangan operasi, asas industri yang kukuh serta kesedaran kesihatan dan kebersihan yang meningkat selepas pandemik dijangka memacu pertumbuhan permintaan yang mampan.
“Selain itu, kumpulan berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada lencongan perdagangan yang wujud daripada tarif AS ke atas sarung tangan dari China, mewujudkan peluang baharu dalam pasaran utama. Impak ini dijangka menjadi lebih ketara dari suku kedua tahun kewangan 2025,” katanya.
Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Top Glove Lim Cheong Guan menyifatkan peningkatan keuntungan kumpulan yang luar biasa sebagai pencapaian penting dalam pemulihan dan perjalanan pertumbuhannya.
“Pencapaian ini berikutan pemulihan permintaan pasaran yang menggalakkan, meningkatkan pesanan jualan dengan ketara, keupayaan kami untuk mengawal purata harga jualan dan pemindahan kos serta usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti sarung tangan dan kecekapan kos kami,” katanya.
— BERNAMA
Nak buka akaun dengan Webull? Dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam.
Webull adalah antara platform pelaburan digital yang popular dalam kalangan pelabur. Webull menawarkan kos brokeraj percuma untuk 180 hari pertama dan selepas itu kos brokeraj mereka masih antara terendah di pasaran.
Ramai suka guna Webull sebab ada paparan interface yang menarik, ada 17 alat charting tools dan lebih daripada 58 penunjuk teknikal.
Hati-hati, kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa. Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk 90 hari pertama.
Nak tutorial, boleh klik sini.