Menjelang hujung tahun 2024, satu lagi IPO dibuka untuk permohonan kepada para pelabur IPO.
Syarikat tersebut adalah Northern Solar Holdings Berhad. Bagi yang tidak berjaya mendapat IPO pada tahun ini, jangan putus asa dan kali ini mungkin peluang baik untuk anda.
Mari kita kaji lebih dalam mengenai syarikat Northern Solar Holdings Berhad dan info-info penting yang anda perlu tahu berkaitan dengan IPO mereka.
Sebelum disenaraikan, Pemaju hartanah Lagenda Properties Berhad memiliki 15% pegangan dalam Northern Solar. Selepas disenaraikan, pegangan ini akan menjadi 12.5%.
Selaras dengan Peraturan 3.19A, Lagenda Properties akan meletakkan semua pegangan sahamnya di bawah moratorium selama 6 bulan dari tarikh penyenaraian dan tidak akan menjual, memindah, atau menyerahkannya dalam tempoh tersebut.
1. Model Perniagaan Syarikat
Kumpulan syarikat Northern Solar Holdings Berhad terlibat dalam:
- EPCC sistem solar PV;
- Penjanaan tenaga boleh diperbaharui; dan
- Operasi dan penyelenggaraan (O&M) peralatan serta sistem solar PV
Kebanyakan servis yang disediakan oleh Northern Solar digunakan pada bangunan komersial, industri serta kediaman.
2. Tarikh-Tarikh Penting
Bagi pelabur yang berminat, tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2025, jam 5 petang. Anda memiliki masa yang cukup lama untuk membuat keputusan.
Manakala proses pengundian dijadualkan pada 22 Januari 2025. Syarikat akan disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia pada 6 Februari 2025, dengan harga IPO ditetapkan pada RM0.63 sesaham.
3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan
Menerusi penyenaraian tersebut, Northern Solar menerbitkan 67.25 juta saham baharu.
Northern Solar akan menawarkan 19.78 juta saham kepada pelabur awam, dan 7.91 juta saham kepada pelabur yang layak. Syarikat itu telah mengetepikan 39.56 juta saham untuk pelabur terpilih melalui penempatan persendirian. Tawaran penjualan 35.6 juta saham sedia ada pula akan dilakukan melalui penempatan persendirian untuk pelabur terpilih.
Secara keseluruhan, penyenaraian ini akan menawarkan kepada pelabur pegangan sebanyak 26% dalam syarikat.
- Kegunaan Dana IPO
Northern Solar Holdings Berhad berniat unutk meraih dana IPO sebanyak RM42.4 juta. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, sebahagian besar daripadanya akan digunakan untuk modal kerja.
Seperti yang tertera di prospektus, Northern Solar berhasrat untuk menggunakan RM29.17 juta (68.8%) bagi memperkukuhkan modal kerja syarikat, yang mana akan membantu dalam pengembangan perniagaan sistem solar PV mereka untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi segmen perniagaan EPCC sistem solar PV Kumpulan syarikat Northern Solar serta meningkatkan penguasaan pasaran mereka dalam industri solar PV di Malaysia.
Seterusnya, Northern Solar berhasrat untuk menggunakan RM5.5 juta (13%) bagi membayar baki pinjaman, yang merangkumi pembiayaan sewa beli dan pinjaman berjangka yang telah digunakan oleh kumpulan syarikat untuk membiayai, antara lain, kos projek yang sedang berjalan serta modal kerja.
Sebanyak kira-kira RM3.15 juta (7.4%) akan digunakan untuk pengembangan perniagaan, bagi memperkukuh kehadiran pasaran mereka di peringkat wilayah di Semenanjung Malaysia. Secara khusus, dana ini diperuntukkan untuk penubuhan sebuah pejabat korporat dan pusat pengetahuan kejuruteraan, penubuhan pejabat baharu di Pulau Pinang, serta pengembangan pejabat sedia ada di Johor.
Selebihnya iaitu RM4.55 juta (10.8%) adalah untuk menampung kos penyenaraian.
5. Pendapatan Terkini Syarikat
Northern Solar mempamerkan prestasi kewangan yang sangat baik. Pendapatan syarikat ini meningkat dari RM22.23 juta pada 2022, kepada RM44.67 juta pada 2023 dan kemudian RM77.97 juta pada 2024.
Margin keuntungan kasarnya (GP margin) juga melihatkan trend semakin meningkat. Sebaliknya, margin keuntungan selepas cukai (PAT margin) dilihat menurun 1.1% dari 14% pada 2022 kepada 12.9% pada 2024.
6. Segmen Pendapatan
Sebahagian besar pendapatan dijana dari segmen EPCC sistem solar PV. Pada tahun 2024, RM77.03 juta (98.8%) adalah daripada segmen ini. Manakala hanya RM946 ribu (1.2%) datangnya daripada penghasilan tenaga boleh diperbaharui.
Berdasarkan kenyataan dalam prospektus, bagi tahun kewangan berakhir 2022 hingga 2024, perkhidmatan O&M telah diberikan secara percuma sebagai sebahagian daripada tanggungjawab di bawah kebanyakan kontrak EPCC Northern Solar.
Oleh itu, tiada pendapatan yang dijana dalam hal ini. Namun begitu, dalam tempoh kewangan berakhir 2025, Northern Solar juga telah memperoleh beberapa kontrak perkhidmatan O&M, yang akan menyumbang kepada pendapatan bagi segmen perniagaan O&M bermula tahun kewangan berakhir 2025 (FYE2025).
7. Kekuatan Kompetitif
- Mempunyai kepakaran dan keupayaan dalam menyediakan penyelesaian solar PV yang mengikut kehendak pelanggan
- Mempunyai rekod kejayaan yang terbukti dalam menyampaikan projek solar PV
- Komited untuk memastikan kualiti yang baik dalam semua projek
- Mempunyai Pengarah Eksekutif dan pengurusan kanan utama yang berpengalaman
- Mempunyai kerjasama dengan rakan kongsi perniagaan seperti Lagenda Properties dan Engtex Group Berhad
8. Strategi & Pelan Perniagaan
- Memperluaskan operasi syarikat dengan menubuhkan pejabat korporat baharu serta pusat arahan kejuruteraan
- Memperkukuh kehadiran pasaran kami di seluruh Malaysia
- Mengembangkan perniagaan sistem solar PV untuk menjana pendapatan berulang
- Meningkatkan market share dalam industri solar PV di Malaysia
9. Polisi Dividen Syarikat
Berdasarkan prospektus, Northern Solar Holdings Berhad tidak mempunyai polisi dividen secara formal. Tiada dividen dibayar pada tahun kewangan 2022 dan 2023.
Namun, dividen akhir sebanyak RM5.0 juta bagi tahun kewangan berakhir 2024 telah diisytiharkan pada 6 Mei 2024 dan dibayar pada 31 Mei 2024.
10. Status Syariah
Tanpa perlu ragu-ragu, IPO ini telah disahkan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Malaysia. Tahun ini kita banyak menyaksikan IPO yang patuh syariah dan ini merupakan petanda positif kepada pasaran saham dalam konteks syariah.
Pelabur pula semakin banyak pilihan.
Kesimpulan
Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, jangan lupa ambil kesempatan ini untuk memohon IPO menggunakan CGSI eIPO kerana tiada caj yang dikenakan untuk permohonan IPO anda sehingga 31 Disember 2024.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International: Klik Sini Untuk Tutorial
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!