fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Carlo Rino Percepat Pengembangan Perniagaan, Peruntuk 32.32 Peratus Hasil IPO Untuk Butik Utama

in Asas Saham
A A
Carlo Rino Percepat Pengembangan Perniagaan, Peruntuk 32.32 Peratus Hasil IPO Untuk Butik Utama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta


KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Carlo Rino Group Bhd (Carlo Rino) menyasarkan untuk mempercepat pengembangan perniagaannya, meningkatkan penawaran produk dan memperkasa keupayaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta memenuhi permintaan pasaran menerusi tawaran awam permulaan (IPO).

Pemain dalam industri fesyen itu mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dan sesi pembukaan menyaksikan sahamnya merosot 3.5 sen atau 13 peratus kepada 23.5 sen dengan 7.49 juta saham bertukar tangan daripada harga IPO sebanyak 27 sen.

Pada 11.17 pagi, saham menurun lima sen kepada 22 sen dengan 73.27 juta saham diniagakan.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata dengan jumlah hasil kasar sebanyak RM46.4 juta diraih daripada IPO tersebut, 32.32 peratus atau RM15.0 juta akan diperuntukkan untuk membiayai sebahagian pembinaan dan melengkapkan butik utama baharu serta kemudahan lain.

Katanya sebanyak 7.54 peratus (RM3.5 juta) akan membiayai kerja-kerja menaik taraf butik dan kaunter di pusat beli-belah serta 1.08 peratus (RM0.5 juta) bagi penyelenggaraan infrastruktur teknologi maklumat dengan baki hasil akan digunakan untuk modal kerja dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Chiang Fong Yee berkata pemindahan syarikat daripada Pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) kepada Pasaran ACE merupakan pencapaian penting dalam perjalanan Carlo Rino, yang bermula pada 1986.

“Selaras dengan falsafah kami, Carlo Rino sentiasa sinonim dengan keremajaan, keberanian, semangat dan warna.

“Jenama kami akan terus menawarkan produk yang inovatif, bergaya dan praktikal sejajar dengan aliran fesyen terkini.

“Dengan mengambil kira ini, kami amat percaya langkah ini akan membuka peluang baharu dan meningkatkan jenama kami kepada tahap lebih tinggi,” katanya.

Menurut syarikat itu, berdasarkan modal saham diperbesarkan sebanyak 977.51 juta saham dan harga IPO sebanyak 27 sen sesaham, jumlah permodalan pasarannya adalah kira-kira RM263.93 juta.

Carlo Rino terlibat dalam mereka bentuk, promosi, memasarkan, mengedar dan menjual beg tangan, kasut dan aksesori wanita. 

TA Securities Holdings Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi IPO tersebut.

— BERNAMA

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Klik & Buka Akaun Secara Online

Nak tutorial, boleh klik sini.

Tags: Bursa MalaysiaCarlo RinoPasaran ACE
Share216ShareSend

Related Posts

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

4 days ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

2 weeks ago
Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta
Asas Saham

Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta

2 weeks ago
Reach Ten Sasar Tingkat Prasarana Gentian Optik Kepada 767 Kilometer Dalam Tiga Tahun
Asas Saham

Reach Ten Sasar Tingkat Prasarana Gentian Optik Kepada 767 Kilometer Dalam Tiga Tahun

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In