• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Supreme Consolidated Rancang Bangunkan Produk Keluaran Dalaman

in Asas Saham
A A
Supreme Consolidated Rancang Bangunkan Produk Keluaran Dalaman
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO


KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Supreme Consolidated Resources Bhd (Supreme) yang memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran LEAP kepada Pasaran ACE Bursa Malaysia, merancang untuk membangunkan produk keluaran dalaman pada masa depan sebagai sebahagian daripada strategi masa depan.

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulannya Datuk Richard Wee Liang berkata langkah itu dijangka meningkatkan margin keuntungan dan memacu pertumbuhan hasil syarikat. 

“Walaupun kami menyedari langkah mewujudkan jenama sendiri untuk dipasarkan adalah satu cabaran, tetapi ia sesuatu yang ingin kami berikan keutamaan.

“Inisiatif ini adalah satu keutamaan dalam rancangan jangka panjang kami tetapi ia juga adalah kunci utama kepada usaha pengembangan syarikat,” katanya pada sidang media selepas penyenaraian syarikat di sini hari ini.

Beliau berkata Supreme bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan syarikat lain bagi inisiatif ini atau ia mungkin melaksanakan pengambilalihan, iaitu cara terpantas untuk membangunkan jenama sendiri.

Wee berkata pembangunan jenama sendiri adalah sebahagian daripada strategi lebih luas Supreme untuk menerokai pasaran Sabah, dan ia turut menyasarkan pasaran Indonesia terutamanya Kalimantan, yang bakal ditembusi sebaik sahaja pasaran serantaunya stabil.

Tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu membabitkan terbitan 70 juta saham baharu, yang mewakili 16.3 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan syarikat itu.

Mengenai terbitan awam, 8.6 juta saham diperuntukkan untuk orang awam dan 7.65 juta saham kepada individu yang layak.

Selain itu, 53.73 juta saham akan ditawarkan menerusi tawaran saham persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Syarikat barangan pengguna cepat laris yang berpangkalan di Sarawak itu berkata, ia memberi tumpuan untuk menyediakan akses pasaran barangan pengguna meliputi Sarawak dan Sabah.

Supreme mula disenaraikan di Pasaran ACE di Bursa Malaysia hari ini pada 37 sen, premium 12 sen daripada IPO pada 25 sen dengan 9.26 juta saham didagangkan.

Pada jam 5 petang, saham Supreme meningkat sebanyak 22 peratus kepada 30.5 sen, dengan 115.66 juta saham didagangkan.

— BERNAMA

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

Nikmati bonus berikut:
✅ RM400 saham percuma dari pasaran US* 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran MY sehingga 31/12/2025
✅ 0.025% atau nin USD0.99 untuk pasaran US
✅ PERCUMA yuran platform!

  1. (Promo) RM0 commission for MY stocks until 31 December 2025
  2. US Stocks: 0.025%, minimum USD 0.99
  3. US Options: USD 0.35 per contract
  4. We remain committed to ZERO platform fees

Klik & Buka Akaun Secara Online

Nak tutorial, boleh klik sini.

Tags: IPOmakanan dan minumanRichard Wee LiangSupreme Consolidated Resources Bhd
Share225ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In