KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Pengeluar produk aluminium, Winstar Capital Bhd (Winstar Capital) yang bakal disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia pada 19 Dis, 2024 menyasarkan untuk mengumpul RM19.79 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).
Winstar Capital dalam satu kenyataan berkata IPO berharga 35 sen sesaham dan melibatkan terbitan 73.95 juta saham, terdiri daripada 56.55 juta saham baharu dan 17.40 juta saham sedia ada yang ditawarkan untuk jualan, mewakili 25.5 peratus daripada modal terbitan syarikat yang diperbesarkan sebanyak 290 juta saham.
Katanya, daripada hasil itu, RM9.55 juta (48.25 peratus) akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan baharu untuk tekan ekstrusi aluminium, RM6.24 juta (31.54 peratus) diperuntukkan untuk keperluan modal kerja dan RM4.0 juta (20.21 peratus) disediakan untuk perbelanjaan penyenaraian.
“Daripada 56.55 juta saham baharu, 14.50 juta akan tersedia untuk permohonan oleh orang awam Malaysia manakala 15.95 juta dikhaskan untuk pengarah, pekerja dan penyumbang yang layak kepada kejayaan kumpulan.
“Sementara baki 26.10 juta saham baharu akan ditawarkan melalui tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih,” kata syarikat tersebut.
Selepas penyenaraian, Winstar Capital dijangka mencapai permodalan pasaran sebanyak RM101.50 juta berdasarkan modal saham yang diperbesar.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Vincent Chua Boon Hong berkata syarikat merancang untuk menggunakan sebahagian daripada hasil IPO untuk memperoleh empat barisan ekstrusi aluminium tambahan dengan kapasiti gabungan sebanyak 8,580 tan setahun yang akan dipasang di kilangnya di Ijok, Selangor.
Beliau berkata, barisan baharu tersebut dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran keseluruhan syarikat daripada 6,705 tan kepada 15,285 tan setahun.
“Dua barisan pertama dijangka dipasang menjelang suku kedua 2025 manakala dua barisan lagi dijadualkan untuk dipasang menjelang suku kedua 2026,” kata Chua semasa pelancaran prospektus syarikat hari ini.
Chua berkata Winstar Capital menceburi sektor tenaga boleh baharu pada 2023 dengan menawarkan perkhidmatan pemasangan sistem solar panel fotovoltaik (PV) melalui anak syarikatnya, Winstar Solar Sdn Bhd dan mula menghasilkan struktur pemasangan solar PV aluminium pada awal 2024.
“Pengembangan secara mendatar ini meletakkan kami dalam kedudukan untuk membekalkan struktur pemasangan PV dan menyediakan perkhidmatan pemasangan kepada pemain kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) di Malaysia,” kata Chua.
Beliau berkata kepelbagaian perniagaan ini bertujuan untuk menjadikan syarikat sebagai pembekal utama dalam industri tenaga solar sambil melengkapi perniagaan pembuatan aluminiumnya.
Permohonan untuk terbitan awam dibuka mulai hari ini sehingga 3 Dis 2024, 5 petang.
TA Securities Holdings Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan tunggal untuk IPO.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.