• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Winstar Capital Bakal Disenarai Pasaran Ace Sasar Kumpul RM19.79 Juta Daripada IPO

in Asas Saham
A A
Winstar Capital Bakal Disenarai Pasaran Ace Sasar Kumpul RM19.79 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO


KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Pengeluar produk aluminium, Winstar Capital Bhd (Winstar Capital) yang bakal disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia pada 19 Dis, 2024 menyasarkan untuk mengumpul RM19.79 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO). 

Winstar Capital dalam satu kenyataan berkata IPO berharga 35 sen sesaham dan melibatkan terbitan 73.95 juta saham, terdiri daripada 56.55 juta saham baharu dan 17.40 juta saham sedia ada yang ditawarkan untuk jualan, mewakili 25.5 peratus daripada modal terbitan syarikat yang diperbesarkan sebanyak 290 juta saham.

Katanya, daripada hasil itu, RM9.55 juta (48.25 peratus) akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan baharu untuk tekan ekstrusi aluminium, RM6.24 juta (31.54 peratus) diperuntukkan untuk keperluan modal kerja dan RM4.0 juta (20.21 peratus) disediakan untuk perbelanjaan penyenaraian.

“Daripada 56.55 juta saham baharu, 14.50 juta akan tersedia untuk permohonan oleh orang awam Malaysia manakala 15.95 juta dikhaskan untuk pengarah, pekerja dan penyumbang yang layak kepada kejayaan kumpulan.

“Sementara baki 26.10 juta saham baharu akan ditawarkan melalui tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih,” kata syarikat tersebut.

Selepas penyenaraian, Winstar Capital dijangka mencapai permodalan pasaran sebanyak RM101.50 juta berdasarkan modal saham yang diperbesar.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Vincent Chua Boon Hong berkata syarikat merancang untuk menggunakan sebahagian daripada hasil IPO untuk memperoleh empat barisan ekstrusi aluminium tambahan dengan kapasiti gabungan sebanyak 8,580 tan setahun yang akan dipasang di kilangnya di Ijok, Selangor.

Beliau berkata, barisan baharu tersebut dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran keseluruhan syarikat daripada 6,705 tan kepada 15,285 tan setahun.

“Dua barisan pertama dijangka dipasang menjelang suku kedua 2025 manakala dua barisan lagi dijadualkan untuk dipasang menjelang suku kedua 2026,” kata Chua semasa pelancaran prospektus syarikat hari ini.

Chua berkata Winstar Capital menceburi sektor tenaga boleh baharu pada 2023 dengan menawarkan perkhidmatan pemasangan sistem solar panel fotovoltaik (PV) melalui anak syarikatnya, Winstar Solar Sdn Bhd dan mula menghasilkan struktur pemasangan solar PV aluminium pada awal 2024.

“Pengembangan secara mendatar ini meletakkan kami dalam kedudukan untuk membekalkan struktur pemasangan PV dan menyediakan perkhidmatan pemasangan kepada pemain kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) di Malaysia,” kata Chua.

Beliau berkata kepelbagaian perniagaan ini bertujuan untuk menjadikan syarikat sebagai pembekal utama dalam industri tenaga solar sambil melengkapi perniagaan pembuatan aluminiumnya.

Permohonan untuk terbitan awam dibuka mulai hari ini sehingga 3 Dis 2024, 5 petang.

TA Securities Holdings Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan tunggal untuk IPO.

— BERNAMA 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

Nikmati bonus berikut:
✅ RM400 saham percuma dari pasaran US* 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran MY sehingga 31/12/2025
✅ 0.025% atau nin USD0.99 untuk pasaran US
✅ PERCUMA yuran platform!

  1. (Promo) RM0 commission for MY stocks until 31 December 2025
  2. US Stocks: 0.025%, minimum USD 0.99
  3. US Options: USD 0.35 per contract
  4. We remain committed to ZERO platform fees

Klik & Buka Akaun Secara Online

Nak tutorial, boleh klik sini.

Tags: aluminiumBursa MalaysiaIPOVincent Chua Boon HongWinstar Capital
Share212ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In