KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Vanzo Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM14 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Disember ini.
Syarikat pewangi udara itu dalam kenyataan hari ini berkata IPO berkenaan melibatkan terbitan awam sebanyak 93 juta saham baharu pada harga 15 sen sesaham.
Berdasarkan modal saham syarikat yang diperbesarkan sebanyak 466.75 juta saham, permodalan pasarannya akan menyumbang kira-kira RM70 juta.
Hasil daripada IPO berkenaan akan membolehkan syarikat itu melabur dalam fasa pengembangan perniagaan seterusnya, katanya.
“Vanzo telah memperuntukkan 47.2 peratus daripada hasil IPO untuk pengembangan perniagaan dan aktiviti pemasaran, 21.4 peratus bagi membayar semula pinjaman bank dan selebihnya bagi modal kerja (lima peratus) serta perbelanjaan berkaitan penyenaraian (26.5 peratus),” katanya.
Menurut Vanzo pengembangan itu turut meliputi cadangan untuk menubuhkan empat kios runcit baharu bagi meningkatkan kebolehlihatan jenama dan jumlah pelanggan Vanzo.
Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Pengarah Urusan Vanzo, Allan Wong berkata syarikat itu merancang untuk membuka empat kiosk pada 2026 di negeri berbeza.
“Setakat ini, kami menyasarkan empat negeri iaitu Sabah, Johor Bahru, Pulau Pinang dan lokasi yang tidak ditetapkan di Lembah Klang. Bagaimanapun, kami belum mempunyai mana-mana lokasi khusus,” katanya semasa pelancaran prospektus syarikat di sini hari ini.
Menurutnya Vanzo turut menyasarkan untuk mengeluarkan satu aroma baharu pada setiap tahun.
Syarikat akan memberi tumpuan kepada tiga strategi dan rancangan utama untuk mengekalkan perniagaan termasuk mengukuhkan kehadiran dan jenama Vanzo selain meningkatkan jangkauan pengedarannya, katanya.
Sehingga kini, syarikat telah memasarkan dan menjual 12 siri produk wangian untuk kereta dan dalam rumah/bangunan serta empat produk penjagaan peribadi dan rumah yang mempunyai 28 bauan.
Menerusi IPO ini, Vanzo akan menerbitkan 23.34 juta saham baharu kepada orang ramai, 23.34 juta saham tambahan kepada pengarah, pekerja, dan individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat, serta 46.68 juta saham kepada pelabur terpilih melalui tawaran saham persendirian.
Tempoh permohonan IPO Vanzo bermula hari ini dan akan ditutup pada 5 petang, 4 Dis 2024.
M&A Securities Sdn Bhd adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi IPO berkenaan.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia. Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!
Webull adalah antara platform pelaburan digital yang popular dalam kalangan pelabur. Webull menawarkan kos brokeraj percuma untuk 180 hari pertama dan selepas itu kos brokeraj mereka masih antara terendah di pasaran.
Ramai suka guna Webull sebab ada paparan interface yang menarik, ada 17 alat charting tools dan lebih daripada 58 penunjuk teknikal.
Hati-hati, kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa. Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk 90 hari pertama.
Nak tutorial, boleh klik sini.