KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — IJM Corporation Bhd (IJM) bercadang membeli 50 peratus kepentingan dalam JRL Group Holdings Ltd (JRL) dengan nilai 50 juta pound sterling atau kira-kira RM283 juta sebagai pelaburan strategik untuk melanjutkan pengembangan IJM ke United Kingdom (UK).
Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata transaksi tersebut melibatkan langganan saham biasa baharu dalam JRL yang mewakili 50 peratus daripada kepentingan ekuiti yang diperbesarkan dalam kontraktor yang berpusat di UK itu.
“Hasil daripada pelaburan akan digunakan untuk mengukuhkan lembaran imbangan JRL, meningkatkan kecairan untuk modal kerja dan menyokong pertumbuhan masa depan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Lee Chun Fai berkata pelaburan tersebut adalah langkah strategik ke hadapan untuk IJM bagi mengukuhkan portfolio pembinaannya selain memanfaatkan kepakaran teknikal dan kehadiran pasaran JRL di UK.
“Bersama-sama kita menyasarkan untuk membuka peluang pertumbuhan baharu, melaksanakan projek yang transformatif serta mewujudkan sinergi yang bermakna dalam pasaran utama antarabangsa,” katanya.
IJM berkata dengan menyepadukan kepakaran pembangunannya dengan keupayaan kontraktor JRL yang terbukti, langkah strategik ini akan mengoptimumkan rantaian nilai, meningkatkan pelaksanaan projek dan mengukuhkan kedudukan syarikat di pasaran UK.
“Kepakaran JRL terbukti dalam pembangunan berkaitan rel dan di atas landasan kereta api juga menyokong IJM Land serta cabang hartanah IJM, dalam usaha sama (JV) dengan Network Rail Property.
“JV ini memberi tumpuan kepada penjanaan semula bandar dan pembangunan bercampur di atas landasan kereta api di beberapa tapak strategik di London dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi tiga bilion pound sterling (kira-kira RM17 bilion),” katanya.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.