• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Topvision Eye Specialist Berhad

in Asas Saham
A A
Topvision Yang Bakal Ke Pasaran ACE Sasar Kumpul RM17.89 Juta Melalui IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Satu lagi syarikat dari sektor penjagaan kesihatan (healthcare) telah dibuka untuk permohonan. Syarikat tersebut adalah Topvision Eye Specialist Berhad.

Peers kepada Topvision Eye Specialist Berhad adalah Optimax yang juga disenaraikan.

Tahukah anda bahawa Topvision Eye Specialist Berhad telah disenaraikan di Papan Leap pada 21 November 2018 dan meraih dana sebanyak RM12.02 juta? Kini IPO Topvision adalah untuk mengumpul dana tambahan serta untuk memindahkan penyenaraian dari Papan Leap ke Papan Ace.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Kuok Siong (kanan) pada majlis pelancaran prospektus TOPVISION di Shah Alam, hari ini -NSTP/AMIRUDIN SAHIB.
Gambar: Berita Harian

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam IPO Topvision Eye Specialist Berhad, berikut adalah 10 perkara penting yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan.

1. Model Perniagaan Syarikat

Sumber: Prospektus

Aktiviti perniagaan teras Topvision adalah penyediaan perkhidmatan penjagaan perubatan mata di Malaysia. Jenis produk serta perkhidmatan yang disediakan adalah rawatan dan penjagaan pelbagai penyakit berkaitan mata, pemeriksaan kesihatan mata, dan konsultasi dan dispensari.

Segmen pelanggannya pula terdiri daripada pesakit individu, pesakit dari korporat dan pesakit yang memiliki surat jaminan insuran.

2. Tarikh-Tarikh Penting

Sumber: CGSI eIPO

Baca juga: Mohon IPO Melalui Broker CGS (Dulu Dikenali CGS-CIMB) Jom Ikut Tutorial Ini

IPO ini dibuka selama seminggu bermula 25 November 2024 sehingga 3 Disember 2024. Undian bakal diadakan pada 5 Disember 2024 dan saham akan dipindahkan ke akaun CDS pemohon yang berjaya pada 12 Disember 2024. 

IPO Topvision Eye Specialist Berhad bakal disenaraikan pada 16 Disember 2024. 

3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan

IPO ini bakal membabitkan terbitan sebanyak 54.22 juta saham biasa baharu pada harga 33 sen seunit. Daripada jumlah tersebut, tawaran kepada Institusi melibatkan penawaran sebanyak 33.928 juta saham terbitan, yang mewakili kira-kira 10.95% daripada modal saham diterbitkan yang telah diperbesarkan.

Manakala, tawaran kepada pelabur runcit melibatkan penawaran sebanyak 20.292 juta saham terbitan, yang mewakili 6.55% daripada modal saham diterbitkan yang telah diperbesarkan.

4. Kegunaan Dana IPO

Sumber: Prospektus

Sebanyak RM17.89 juta bakal diraih melalui penyenaraian ini. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM7.9 juta atau 44.15% bakal digunakan untuk menubuhkan Topvision International di sekitar Lembah Klang dalam tempoh 18 bulan. 

Manakala RM5 juta atau 27.94% bakal digunakan untuk mengembangkan rangkaian pusat penjagaan ambulatori (ACC) baharu di Kuala Terengganu pada suku kedua 2025 dan Tawau pada suku keempat 2025 bagi memperluaskan kehadiran serta meningkatkan akses kepada penjagaan mata.

Selebihnya bakal digunakan untuk kos pemindahan penyenaraian daripada Pasaran LEAP ke pasaran ACE Bursa Malaysia Securities iaitu RM4.495 juta dan pembelian mesin fakoemulsifikasi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di seluruh rangkaian Topvision sebanyak RM498 ribu.

5. Pendapatan Terkini Syarikat

Sumber: Prospektus

Pendapatan Topvision meningkat dengan konsisten dari tahun 2021 sehingga 2023. Setakat tahun kewangan 2023, Topvision mencatatkan pendapatan sebanyak RM42.958 juta. Walaubagaimanapun, jika anda melihat kepada margin keuntungan selepas cukai (PAT margin %) Topvision merosot daripada 16.21% pada 2021 kepada 12.31 pada 2022 dan seterusnya 11.23% pada 2023.

6. Segmen Pendapatan

Majoriti pesakit Topvision adalah pesakit tempatan dan menyumbang 97.88% kepada pendapatan pada tahun 2023.

Sumber: Prospektus

Daripada pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan, jelas dapat dilihat yang untuk tiga tahun terakhir sebanyak 87% pendapatan datangnya daripada rawatan dan penjagaan katarak. 

Sudah menjadi kelaziman yang apabila usia seseorang semakin meningkat, mereka juga terdedah kepada katarak. Katarak ialah pengabusan semula jadi kanta mata, yang terletak di belakang iris dan anak mata (pupil).

7. Kekuatan Syarikat

  • Mempunyai pengurusan yang berpengalaman luas lebih 15 tahun
  • Mempunyai pasukan pakar oftalmologi yang berdedikasi dan berkelayakan, dengan pengalaman antara 6 hingga 15 tahun dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan mata perubatan
  • Rekod pencapaian yang kukuh dengan pelbagai lokasi
  • Bekerjasama dengan pelbagai syarikat insurans serta pihak ketiga yang dilantik
  • Menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan mata perubatan di 11 Pusat Penjagaan Ambulatori, dari penjagaan mata umum dan penilaian, pembedahan katarak dan retina, hingga pengurusan AMD (Age-related macular degeneration) dan pembedahan glaukoma

8. Strategi & Pelan Perniagaan 

  • Membangunkan Topvision International di Petaling Jaya, Selangor. Topvision International akan menjadi pusat penjagaan mata khas multidisiplin di peringkat tertiari
  • Sedang dalam proses penubuhan 2 ACC tambahan di Kuala Terengganu, Terengganu dan Tawau, Sabah
  • Memusatkan perolehan dan pengedaran suplemen penjagaan mata di bawah jenama “Topwellness”

9. Polisi Dividen Syarikat

Sumber: Prospektus

Topvision tidak mempunyai sebarang polisi dividen yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, ahli Lembaga pengarah mempunyai niat untuk berkongsi keuntungan dengan para pemegang saham melalui pemberian dividen. 

Untuk rekod, tahun-tahun sebelum ini menyaksikan Topvision ada memberi dividen kepada pemegang sahamnya. Untuk dua tahun terakhir, Topvision mengagihkan dividen sebanyak RM2.045 juta.

10. Status Syariah

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Sumber: Prospektus

Saham Topvision Eye Specialist Berhad telah disahkan sebagai patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini menjadikan saham ini menarik untuk pelabur Muslim dan dana patuh syariah.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaIPOTopvision
Share278ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

5 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

5 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In