• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Life Water Berhad

in Asas Saham, Saham
A A
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Life Water Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Sebuah syarikat minuman baru sahaja melancarkan prospektusnya pada 22 Oktober 2024 (Selasa). Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang bertapak di negeri Sabah dan lebih dikenali sebagai syarikat yang mengeluarkan produk minuman air mineral.

main news image
Gambar: The Edge

Anda mungkin pernah ternampak minuman air jenama K2 di pasar raya. Jika ternampak jenama tersebut maka ingatlah syarikat yang menghasilkannya adalah Life Water Berhad.

Selain air mineral, Life Water Berhad juga mengeluarkan minuman berkarbonat serta isotonik menggunakan jenamanya sendiri.

Syarikat kompetitif yang berada dalam industri yang sama serta telah disenaraikan sudah tentu adalah Spritzer dan F&N.

Baca juga: Mohon IPO Melalui Broker CGS (Dulu Dikenali CGS-CIMB) Jom Ikut Tutorial Ini

1. Model Perniagaan Syarikat

Sumber: Prospektus

Aktiviti perniagaan utama dan sumber pendapatan Life Water Berhad adalah daripada pengeluaran air minuman, minuman berkabonat serta produk lain. Antara aktiviti perniagaan lain adalah pengeluaran pembungkusan plastik dan servis penghantaran.

Secara geografinya, produknya dipasarkan di seluruh Sabah dengan mempunyai fasiliti operasi di Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu. Manakala kilang di Keningau akan mula beroperasi pada Disember 2024. Menurut Pengarah Urusan Life Water Berhad, Liaw Hen Kong, dengan Loji Keningau yang dijangka akan mula beroperasi pada Disember 2024, kapasiti akan meningkat kepada 448 juta liter, termasuk 37 juta liter minuman berkarbonat.

2. Tarikh-Tarikh Penting

Permohonan IPO Life Water Berhad telah dibuka kepada pelabur awam dan permohonan boleh dibuat selama 9 hari sehingga 30 Oktober 2024. Cabutan undian bakal diadakan pada 4 November 2024. 

Penyenaraian Life Water Berhad pula akan diadakan pada 13 November 2024.

3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan

Penyenaraian ini melihat sebanyak 97.56 juta saham biasa baharu diterbitkan. 28.39 juta saham biasa sedia ada kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian. 14.195 juta saham pula ditawarkan kepada pengarah dan staf syarikat terpilih.

Secara keseluruhannya, penyenaraian itu menawarkan pelabur 26.62% kepentingan dalam syarikat tersebut.

4. Kegunaan Dana IPO

Sumber: Prospektus

Penyenaraian ini dijangka akan meraih dana sebanyak RM63.42 juta.  Bahagian terbesar peruntukan sekitar 29.96%, akan digunakan untuk memasang saluran pembuatan air minuman tambahan di Loji 1 Sandakan Sibuga, 18.92% untuk pembelian saluran air minuman baharu di Loji 2 Sandakan Sibuga dan 19.87% untuk menubuhkan pusat pengedaran kedua di Sandakan.

15.15% daripada hasil akan dilaburkan untuk mengembangkan kemudahan pembungkusan plastik sedia ada di Kota Kinabalu, 6.64% bagi tujuan modal kerja dan 9.46% untuk menampung kos perbelanjaan penyenaraian.

5. Pendapatan Terkini Syarikat

Sumber: Prospektus

Gambar rajah di atas merupakan ringkasan kewangan dan operasi Life Water Berhad dari tahun 2021 sehingga 2024.

Pendapatan syarikat meningkat dengan baik dari tahun 2021 sehingga tahun 2024. Keuntungan selepas cukai (PAT) bagi tahun 2024 merupakan yang tertinggi untuk empat tahun terkini. 

Margin keuntungan selepas cukai (PAT margin) yang dicatatkan adalah 16.89%. Margin tersebut lebih tinggi daripada tahun 2022 dan 2023 serta hanya rendah sedikit berbanding 2021 kerana kos jualan 2024 adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kos jualan pada 2021.

6. Segmen Pendapatan

Sumber: Prospektus

Mari lihat pecahan pendapatan yang dijana pada tahun 2024 mengikut segmen perniagaan Life Water. 

Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 2024, 83.30% pendapatan yang diperoleh adalah daripada segmen air minuman, manakala 16.49% daripada air berkabonat.


Selebihnya iaitu 0.21% adalah daripada produk lain. Trend yang hampir serupa dapat dilihat bagi tahun-tahun sebelumnya.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pendapatan Life Water amat bergantung kepada pengeluaran dan penjualan air minuman. 

7. Kekuatan Kompetitif

  • Memiliki rekod pencapaian yang terbukti selama kira-kira 22 tahun sebagai pengilang minuman dengan portfolio jenama-jenama minuman yang kukuh di pasaran Sabah
  • Memiliki rangkaian pengedaran yang luas untuk memberikan kemudahan dan aksesibiliti kepada pelanggan
  • Pengilang air minuman yang terkemuka di Sabah dan dianggarkan memiliki 11% bahagian pasaran air botol di Malaysia
  • Mempunyai Pengarah Eksekutif dan kakitangan pengurusan utama yang berpengalaman

8. Strategi & Pelan Perniagaan 

  • Membina kilang baru di Kota Kinabalu
  • Pengembangan kemudahan pembungkusan plastik sedia ada di Kota Kinabalu
  • Memasang saluran pembuatan air minuman tambahan di Sandakan
  • Menubuhkan pusat pengedaran pertama di Tawau
  • Menubuhkan pusat pengedaran kedua di Sandakan
  • Mengembangkan pengedaran ke Brunei
  • Mengeluarkan produk minuman baru

9. Polisi Dividen Syarikat

Sumber: Prospektus

Life Water Berhad mempunyai perancangan untuk mengagihkan dividen tidak kurang dari 20% keuntungan selepas cukai tahunan kepada para pemegang saham.

10. Status Syariah & Status Halal

Sumber: Prospektus

Sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan makanan & minuman, status Halal amatlah penting bagi pengguna. Untuk pengetahuan anda, kesemua premis pengeluaran dan pemprosesan telah diperiksa dan diaudit oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan pihak JAKIM telah memberi sijil Halal terhadap premis serta produk seperti tertera di atas.

Sumber: Prospektus

Selain itu, status saham Life Water Berhad juga telah diberikan status syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Malaysia.

Tags: Bursa MalaysiaIPOLife Water
Share344ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In