Sebelum itu baca juga: Mohon IPO Melalui Broker CGS (Dulu Dikenali CGS-CIMB) Jom Ikut Tutorial Ini
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — 3REN Bhd (3REN), penyedia perkhidmatan penyelesaian automasi dan kejuruteraan menyasarkan untuk mengumpul RM30.8 juta menerusi terbitan awam 110 juta saham biasa baharu pada harga terbitan 28 sen sesaham di bawah prospektus tawaran awam permulaan (IPO) yang dilancarkan hari ini.
Syarikat itu berkata sebanyak 62.3 peratus daripada hasil IPO akan diperuntukkan untuk pengembangan perniagaan dan keperluan operasinya.
“Daripada jumlah itu, 23.4 peratus akan digunakan untuk menubuhkan pusat penghantaran baharu di Pulau Pinang yang direka bentuk untuk melaksanakan perkhidmatan kejuruteraan produk khusus berkaitan dengan reka bentuk dan pembangunan cip semikonduktor.
“Sebanyak 16.6 peratus lagi adalah untuk perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan yang termasuk penubuhan pusat inovasi untuk menyokong pembangunan penyelesaian serta peralatan baharu atau dipertingkatkan untuk segmen penyelesaian automasinya.
“Peruntukan sebanyak 9.7 peratus akan disalurkan ke arah mewujudkan pejabat jualan di Singapura untuk meningkatkan kehadiran secara geografinya dan 12.7 peratus lagi adalah untuk modal kerja, terutamanya untuk menambah bilangan pekerja jurutera dan tenaga kerja mahir lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata kumpulan itu, baki hasil IPO akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif 3REN Koh Dim Kuan berkata kumpulan itu melihat potensi besar untuk pertumbuhan memandangkan industri semikonduktor global bersedia untuk terus berkembang dengan baik ke dekad akan datang, dipacu oleh teknologi pesat membangun seperti kecerdasan buatan dan penggunaan 5G.
“Rangsangan pertumbuhan ini disokong lagi oleh pemodenan dan perubahan kemudahan pembuatan ke arah teknologi Industri 4.0 dan 5.0.
“Ini membolehkan kilang pintar dan operasi mampan di samping peningkatan penyumberan luar dan penempatan semula aktiviti pembuatan ke Asia Tenggara yang meletakkan kita pada kedudukan yang baik untuk meraih peluang unik ini,” katanya.
3REN berkata bahagian terbitan awam IPO akan disediakan untuk langganan mulai hari ini dan permohonan akan ditutup pada 5.00 petang, Rabu, 23 Okt, 2024.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!