• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

3REN Sasar Kumpul RM30.8 Juta Daripada IPO Pasaran ACE

in Asas Saham
A A
3REN Sasar Kumpul RM30.8 Juta Daripada IPO Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


Sebelum itu baca juga: Mohon IPO Melalui Broker CGS (Dulu Dikenali CGS-CIMB) Jom Ikut Tutorial Ini

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — 3REN Bhd (3REN), penyedia perkhidmatan penyelesaian automasi dan kejuruteraan menyasarkan untuk mengumpul RM30.8 juta menerusi terbitan awam 110 juta saham biasa baharu pada harga terbitan 28 sen sesaham di bawah prospektus tawaran awam permulaan (IPO) yang dilancarkan hari ini.

Syarikat itu berkata sebanyak 62.3 peratus daripada hasil IPO akan diperuntukkan untuk pengembangan perniagaan dan keperluan operasinya.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Daripada jumlah itu, 23.4 peratus akan digunakan untuk menubuhkan pusat penghantaran baharu di Pulau Pinang yang direka bentuk untuk melaksanakan perkhidmatan kejuruteraan produk khusus berkaitan dengan reka bentuk dan pembangunan cip semikonduktor.

“Sebanyak 16.6 peratus lagi adalah untuk perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan yang termasuk penubuhan pusat inovasi untuk menyokong pembangunan penyelesaian serta peralatan baharu atau dipertingkatkan untuk segmen penyelesaian automasinya.

“Peruntukan sebanyak 9.7 peratus akan disalurkan ke arah mewujudkan pejabat jualan di Singapura untuk meningkatkan kehadiran secara geografinya dan 12.7 peratus lagi adalah untuk modal kerja, terutamanya untuk menambah bilangan pekerja jurutera dan tenaga kerja mahir lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata kumpulan itu, baki hasil IPO akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif 3REN Koh Dim Kuan berkata kumpulan itu melihat potensi besar untuk pertumbuhan memandangkan industri semikonduktor global bersedia untuk terus berkembang dengan baik ke dekad akan datang, dipacu oleh teknologi pesat membangun seperti kecerdasan buatan dan penggunaan 5G.

“Rangsangan pertumbuhan ini disokong lagi oleh pemodenan dan perubahan kemudahan pembuatan ke arah teknologi Industri 4.0 dan 5.0.

“Ini membolehkan kilang pintar dan operasi mampan di samping peningkatan penyumberan luar dan penempatan semula aktiviti pembuatan ke Asia Tenggara yang meletakkan kita pada kedudukan yang baik untuk meraih peluang unik ini,” katanya.

3REN berkata bahagian terbitan awam IPO akan disediakan untuk langganan mulai hari ini dan permohonan akan ditutup pada 5.00 petang, Rabu, 23 Okt, 2024.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: 3RENautomasiIPOKoh Dim Kuanpasaran ACEperkhidmatan kejuruteraan
Share225ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In