IPO Crest Group Berhad akhirnya dilancarkan dan telah dibuka untuk permohonan kepada semua pelabur Malaysia.
Crest Group Berhad mempunyai perniagaan yang niche kerana boleh dikatakan tiada syarikat yang menjalankan perniagaan yang sama dan disenaraikan di Bursa Malaysia. Syarikat ini merupakan pembekal peralatan pemeriksaan dan kawalan kualiti industri semikonduktor serta elektronik dan elektrik (E&E). Selain itu, difahamkan Crest Group Berhad juga menerima hak eksklusif untuk mengedarkan peralatan bagi beberapa jenama.
Baca juga: Mohon IPO Melalui Broker CGS (Dulu Dikenali CGS-CIMB) Jom Ikut Tutorial Ini
Khas untuk pelanggan CGS MY, semak info IPO akan datang semak sini.
Sebelum anda memohon IPO ini, apa kata anda baca dulu 10 perkara kena tahu sebelum memohon IPO Crest Group Berhad.
1. Model Perniagaan Syarikat
Aktiviti perniagaan Crest boleh dibahagikan kepada 2 kategori berikut:
- Penyediaan pengimejan, penyelesaian analisis dan ujian, yang terdiri daripada:
• Perundingan pra-jualan;
• Penjualan dan penyesuaian peralatan;
• Pemasangan dan pentauliahan; dan
• Latihan pengguna.
- Penyediaan perkhidmatan selepas jualan
Crest Group Berhad meluaskan servisnya kepada pelbagai jenis industri termasuklah:
- Semikonduktor
- Penjagaan Kesihatan dan sains hayat
- Penyelidikan dan institusi akademik
- Minyak & gas
- Elektrikal & elektronik
- Penerbangan
- Automotif
2. Tarikh-Tarikh Penting
Tarikh pembukaan bagi IPO yang berharga 35 sen seunit ini adalah bermula dari 18 September 2024 dan ditutup pada 25 September 2024.
Tarikh cabut undi pula adalah 30 September 2024 dan IPO ini akan dikreditkan ke dalam akaun CDS pelabur yang berjaya pada 7 Oktober 2024. Crest bakal disenaraikan di Papan Ace Bursa Malaysia pada 9 Oktober 2024.
3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan
IPO ini melibatkan terbitan awam sebanyak 130.71 juta saham biasa Baharu dan tawaran untuk penjualan 103.89 juta saham biasa sedia ada.
Daripada 130.71 juta saham yang diterbitkan, 43.28 juta akan disediakan kepada orang awam Malaysia dan 12.98 juta saham akan disediakan kepada pengarah dan pekerja yang layak.
Baki 74.44 juta saham akan disediakan kepada pelabur Bumiputera yang dikenalpasti dan diluluskan oleh MITI melalui tawaran saham persendirian.
4. Kegunaan Dana IPO
Sebanyak RM45.75 juta bakal diraih daripada IPO ini kelak. Sebahagian besar dana IPO ini iaitu 34.45% bakal digunakan untuk membina ibu pejabat yang baharu di Selangor.
31.73% atau RM14.52 juta bakal digunakan untuk mengembangkan kehadirannya di Ho Chi Minh City, Vietnam serta Chengdu dan Shenzhen, China.
12.83% atau RM5.87 juta bakal digunakan untuk membeli peralatan bagi tujuan demonstrasi. Selebihnya bakal digunakan untuk membesarkan pasukan teknikal sokongan serta penyelenggaraan dan kos penyenaraian.
Keseluruhannya, dana IPO ini dilihat akan digunakan sebaiknya oleh Crest Group Berhad.
5. Segmen Pendapatan
Pendapatan Crest dari tahun 2020 sehingga 2023 majoritinya daripada segmen penyediaan pengimejan, analitik dan penyelesaian ujian. Tahun 2023 menyaksikan segmen tersebut merangkumi 84.98% daripada keseluruhan pendapatan.
Bakinya 15.02% adalah dari segmen servis selepas jualan.
Trend ini dijangka kekal untuk suatu jangka masa yang lama sehinggalah Crest mempunyai segmen baru yang boleh menjana pendapatan untuknya.
6. Pendapatan Syarikat Terkini
Sebagai perbandingan mudah, anda boleh lihat pendapatan serta keuntungan selepas cukai dari tahun 2020 sehingga 2023.
Pendapatan tahunan serta keuntungan selepas cukai Crest Group Berhad sentiasa meningkat dari tahun ke tahun berikutnya sepanjang 4 tahun tersebut. Pelabur melihat ianya satu perkembangan positif bagi kewangan syarikat.
Secara purata, margin keuntungan syarikat pula adalah sekitar 10%.
Untuk pengetahuan anda, top lima pelanggan / klien Crest menyumbang sekitar 15.3% – 25.9% dari jumlah pendapatan dan majoritinya terlibat dalam sektor semikonduktor.
Pemacu pendapatan utama untuk aktiviti perniagaan Crest adalah seperti berikut:
- Pertumbuhan dalam pelbagai industri, yang menggunakan peralatan pengimejan, analisis serta ujian dan perkhidmatan, seperti E&E, semikonduktor, automotif, aeroangkasa, penjagaan kesihatan, sains hayat, sains material serta minyak dan gas
- Sokongan dan inisiatif kerajaan yang memacu pertumbuhan pengimejan, analisis dan industri ujian
- Peningkatan penggunaan teknologi IoT dan Industri 4.0 yang mendorong permintaan untuk peralatan dan perkhidmatan pengimejan, analisis dan ujian
7. Kelebihan Crest Group Berhad
- Mempunyai kepakaran menyediakan pengimejan, analisis dan ujian dalam pelbagai industri
- Kehadiran luas di 4 buah negara
- Mempunyai hubungan kukuh dengan pembekal
- Diterajui oleh barisan pengurusan yang berpengalaman serta mempunyai akademik yang kuat dari bidang sains
- Penggerak industri untuk pertumbuhan
8. Pelan Masa Hadapan
- Meluaskan kehadiran perniagaan di negara lain seperti Vietnam (bina pejabat baru), Chengdu dan Shenzhen (bina pejabat baru), dan Bangkok,Thailand (menambah bilangan pasukan)
- Menambah bilangan pekerja dalam bidang jualan dan pemasaran serta servis dan sokongan
9. Polisi Dividen Syarikat
Crest mempunyai polisi dividen untuk membayar dividen sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan bersih selepas cukai.
10. Status Syariah
Tanpa perlu ragu-ragu, IPO ini telah disahkan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Malaysia.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!