• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Solar District Cooling Group Berhad

in Asas Saham
A A
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Solar District Cooling Group Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Prestasi IPO pada tahun ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Tak percaya? Tengok gambar di bawah.

Melihat prestasi IPO pada tahun ini maka berduyun-duyunlah orang buka CDS untuk memohon IPO. Tambahan pula, pelabur sedia ada juga mengambil kesempatan memohon IPO. Maka, makin tipis peluang untuk mendapat IPO kerana semakin ramai yang memberi perhatian terhadap pelaburan IPO.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Baca juga: Nak Buka Akaun CDS Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Ini

Jika dulu kita rasa senang untuk mendapat IPO kerana tidak ramai lagi yang mendapat pendedahan, kini persaingannya semakin sengit.

Namun, ia bukan jadi penghalang untuk kita terus memohon IPO. Sebelum memohon sebarang IPO, anda haruslah membuat kajian terhadap IPO itu. Jika tak sempat, bolehlah membaca artikel kami yang berkaitan dengan IPO. 

Contohnya dalam artikel ini kami akan kongsikan 10 perkara anda kena tahu sebelum memohon IPO Solar District Cooling Group.

1. Latar Belakang Syarikat & Model Perniagaan

Solar District Cooling Group Bhd (SDC) merupakan syarikat penyedia sistem pengurusan bangunan (BMS) dan sistem haba suria. Mereka menyasarkan untuk mengumpul RM45.09 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) membabitkan terbitan 118.67 juta saham biasa.

Nama asalnya pada tahun 2003 adalah Pustaka Integrasi Sdn Bhd. Namun syarikat ini hanya beroperasi pada tahun 2008 dan menukar namanya kepada Solar District. 

Sumber: Prospektus

Aktiviti perniagaan utamanya adalah:

  • Sistem pengurusan bangunan
  • Sistem suria terma serta servis penjimatan tenaga
  • Penyelenggaran sistem dan peralatan lain

Dari sudut geografi, kehadiran SDCG boleh dilihat di seluruh Malaysia. 

2. Tarikh-Tarikh Penting

Sumber: CGS eIPO

Tarikh pembukaan bagi IPO yang berharga 38 sen seunit ini adalah bermula dari 28 Ogos 2024 dan ditutup pada 6 September 2024.  

Tarikh cabut undi pula adalah 10 September 2024 dan IPO ini akan dikreditkan ke dalam akaun CDS pelabur yang berjaya pada 18 September 2024. Solar District Berhad bakal disenaraikan di Papan Ace Bursa Malaysia pada 19 September 2024.

3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan

IPO ini bakal terdiri dari terbitan awam sebanyak 118.67 juta saham biasa baharu, atau mewakili 28 peratus daripada modal saham diperbesar serta tawaran untuk penjualan.

Daripada 118.67 juta saham terbitan, sebanyak 21.19 juta akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia melalui proses pengundian, 21.19 juta ditawarkan kepada pengarah dan staf syarikat dan baki 76.29 juta kepada pelabur terpilih melalui private placement.

4. Kegunaan Dana IPO

Sumber: Prospektus

Sebanyak RM18.7 juta (41.47%) bakal digunakan untuk:

  • pembelian bahan bagi sistem pengurusan bangunan (BMS)
  • pembelian sistem terma suria
  • segmen servis penjimatan tenaga

Sebanyak RM12.67 juta bakal digunakan untuk perbelanjaan modal kerja, RM 5 juta untuk bon tender dan/atau bon prestasi bagi projek masa depan. Manakala bakinya bakal digunakan untuk mengembangkan ibu pejabat, perbelanjaan modal serta kos penyenaraian.

5. Segmen Pendapatan

Sumber: Prospektus

Jika dilihat di atas, segmen BMS merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan syarikat dengan melebihi 50% setiap tahun. Ia diikuti dengan segmen sistem suria terma dan servis penjimatan tenaga.

Segmen penyelenggaran sistem dan peralatan lain merupakan penyumbang terkecil kepada pendapatan SCDG. Majoriti pendatapan syarikat datangnya daripada pelanggan sedia ada yang telah lama menggunakan perkhidmatan Solar District.

Sumber: Prospektus

Dari sudut geografi pula, pasaran tempatan iaitu Malaysia merupakan pasaran terbesar bagi SCDG setakat ini. Negara jiran seperti Brunei dan Singapura hanya menyumbang sebahagian kecil dalam pendapatan syarikat.

6. Pendapatan Syarikat Terkini

Sumber: Prospektus

Dalam sesebuah prospektus, amat penting untuk kita menyemak penyata kewangan syarikat untuk tahu sama ada kewangan syarikat berada pada prestasi yang memuaskan. 

Pendapatan Solar District pada tahun 2023 adalah sebanyak RM26.6 juta. Pendapatan Solar District agak menarik jika dibandingkan dari tahun 2020 – 2023 kerana penadapatannya meningkat dengan konsisten sepanjang 4 tahun tersebut. Begitu juga dengan keuntungan sebelum cukainya (PBT). 

Untuk 3 tahun terakhir, margin keuntungan selepas cukai (PAT margin %) kekal di atas 20%.

7. Kelebihan

  • Mempunyai rekod prestasi dalam 17 tahun
  • Mempunyai dua aliran pendapatan untuk mengembangkan perniagaan
  • Pengarah berpengalaman dan pasukan pengurusan kanan utama
  • Jenama sedia ada untuk membantu memudahkan kesedaran jenama dan kesetiaan pelanggan
  • Kepakaran teknikal dan pensijilan untuk memenuhi keperluan pelanggan
  • Sistem air panas terma suria membantu syarikat mengurangkan jejak karbon mereka

8. Pelan & Strategi

SDCG mempunyai perancangan untuk melaksanakan strategi perniagaan dan pelan berikut bagi tahun 2024 – 2027.

  • Membina pejabat dan kedai baru di Kajang, Selangor
  • Membeli peralatan baru 
  • Membeli perisian teknologi maklumat yang baru
  • Mencari peluang dalam solar fotovoltaik

9. Polisi Dividen Syarikat

Sumber: Prospektus

Solar District tidak mempunyai polisi dividen formal. Namun begitu, Solar District telah membayar dividen kepada para pemegang sahamnya pada tahun 2021, 2022 dan 2023.

10. Status Syariah

Sumber: Prospektus

IPO Solar District Cooling Group Berhad berstatus patuh syariah menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Share294ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

5 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

5 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In