fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

3 Saham Yang Sedang Berada Pada Paras All Time High (Setakat Jun 2024)

in Technical Analysis
A A
3 Saham Yang Sedang Berada Pada Paras All Time High (Setakat Jun 2024)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

All Time High

Semua pelabur gembira apabila saham yang ada dalam portfolio masing-masing terus menerus membuat kenaikan sehingga mencapai paras ketinggian yang baru. Ini disebut sebagai All Time High. 

Minat belian yang sangat tinggi dalam kalangan pelabur akan menyebabkan harga sesebuah saham mampu memecahkan ketinggian harganya sebelum ini. Dari sudut pandangan pelabur, mereka tidak kisah untuk membeli saham itu pada harga yang tinggi kerana percaya harga saham itu masih boleh naik ke paras yang lebih tinggi. Selain itu, pelabur juga percaya harga tersebut masih berada pada paras “undervalue” dan belum mencecah harga sebenar.

Saham yang membuat kenaikan All Time High juga dilihat tiada rintangan (resistance) seterusnya kerana tiada paras rintangan yang lebih tinggi. 

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan tiga saham yang sedang berada pada kedudukan All Time High.

1. Sunway Berhad (Sunway)

Sunway Berhad merupakan antara salah satu saham yang sedang berada pada paras All Time High setelah membuat kenaikan signifikan pada tahun ini. Keuntungan bersih Sunway bagi suku pertama 2024 direkodkan pada RM172.2 juta. 

Bagi tahun ini, Sunway menyasarkan jualan baru sebanyak RM2.6 bilion yang mana suku pertama 2024 telah berjaya mencapai 19% daripada sasaran tersebut. 

Sunway berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada ekonomi domestik yang semakin kukuh. Segmen runcit, percutian, hotel dan penjagaan kesihatan dijangka mengalami kesan positif daripada pertumbuhan ekonomi ini. 

Tahukah anda?

Sunway Berhad telah dimasukkan sebagai salah satu daripada 30 konstituen FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi menggantikan AMMB Holdings yang diturunkan ke dalam Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70.

Sumber: TradingView

Harga terkini Sunway Berhad setakat 14 Jun 2024 adalah RM3.80. Setakat 14 Jun 2024, kenaikan Sunway pada tahun 2024 adalah 86.27%. 

2. Tenaga Nasional Berhad (Tenaga)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) beroperasi sebagai sebuah syarikat penyedia utiliti elektrik di Malaysia. Syarikat ini terlibat dalam penghasilan, pengedaran dan penjualan tenaga elektrik, serta penyediaan perkhidmatan lain yang berkaitan. TNB membekalkan elektrik terutamanya kepada sektor industri, komersial, perumahan dan pengangkutan.

Sumber: TradingView

Harga saham Tenaga berada pada paras major downtrend sejak tahun 2018 sehingga penghujung 2022. Tenaga mula menunjukkan pertukaran trend sejak tahun 2023 dan terus menaik sehingga kini.

Sentimen yang menarik minat pelabur ke dalam Tenaga adalah berkaitan dengan pusat data (data center). Sejak kebelakangan ini, apa sahaja pemangkin yang berkaitan dengan pusat data pasti akan menarik minat pelabur. 

Setakat suku pertama 2024, Tenaga telah menyiapkan dua projek pusat data yang memerlukan tenaga setinggi 535MW. Sejumlah 9 pusat data dijangka akan dibina dan siap pada tahun 2024 yang memerlukan tenaga sebesar 700MW. Perkembangan pusat data yang berkembang pesat tentunya memberi manfaat kepada Tenaga.

Harga terkini Tenaga Nasional Berhad setakat 14 Jun 2024 adalah RM14.08. Setakat 14 Jun 2024, kenaikan Tenaga pada tahun 2024 adalah 44.26%. 

3. Pekat Group Berhad (Pekat)

Pekat Group Berhad, penyedia solar fotovoltan (PV) serta perlindungan kilat dan pembumian (ELP) merupakan antara syarikat yang baharu disenaraikan di Bursa Malaysia. Pekat disenaraikan pada 23 Jun 2021. Harganya ketika IPO adalah RM0.32. 

Pada hari pertama disenaraikan, Pekat mencatatkan prestasi permulaan penyenaraian yang kukuh di Pasaran Ace pada RM0.85, iaitu premium 53 sen dari harga IPO. Harga tertinggi yang dicatatkan pada hari pertama adalah RM0.91. Kemudian, harga Pekat pun turun sejak itu.

Sumber: TradingView

Sebagai sebuah syarikat yang terlibat dalam EPCC solar, Pekat turut mendapat tempias dari hala tuju nasional ke arah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Harga terkini Pekat Group Berhad setakat 14 Jun 2024 adalah RM0.960. Setakat 14 Jun 2024, kenaikan Pekat pada tahun 2024 adalah 123.26%.

Baca: Syarikat Yang Mendapat Tempias Dari NETR

Kesimpulan

Adakah anda sudah memiliki saham ini dalam portfolio anda dan masih menantikan peluang untuk menjualnya lalu mengambil untung? Sekiranya jawapan anda adalah ya, tahniah kerana berjaya mengesan saham yang berpotensi ini lebih awal!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Tags: All Time HighATHBursa MalaysiaFBM KLCIsahamSunnway Bhd
Share487ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

2 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

3 months ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

4 months ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In