• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO BWYS Group Berhad

in Asas Saham
A A
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO BWYS Group Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Banyak juga IPO yang ditawarkan secara tidak henti-henti sepanjang bulan Jun. Terkini, salah satu IPO yang ditawarkan adalah BWYS Group Berhad yang mana bakal ditutup untuk permohonan pada 5 Julai 2024. Jika anda belum memohon IPO ini, mungkin ini peluang anda. 

Sumber: CGSI eIPO

Sebelum itu, Nak Buka Akaun CDS Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Mudah Ini

IPO BWYS Group Berhad dilancarkan pada 18 Jun 2024.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

億成集团发招股书上创业板筹5640万

1. Latar Belakang Syarikat & Model Perniagaan

BWYS Group Berhad merupakan sebuah syarikat pengeluar produk kepingan logam, pembekal perancah dan menjual produk berasaskan besi.

Sumber: Prospektus

Bagi yang mungkin tidak mengetahui apa itu perancah, ia juga lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris iaitu scaffolding. Perancah sering boleh dilihat pada kawasan tapak pembinaan dan bangunan yang sedang diubah suai. 

Sumber: BWYS

Majoriti pendapatan BWYS datangnya dari dalam negara manakala sebahagian kecil adalah eksport ke luar negara seperti Singapura, Indonesia, Australia, Bangladesh, Filipina, UAE, Brunei dan Kuwait. Sebanyak 4.4% daripada keseluruhan pendapatan merupakan hasil dari eksport ke luar negara.
Majoriti pelanggan BWYS pula adalah penjual (reseller) seperti kedai barangan logam (hardware) dan peruncit.

2. Tarikh-Tarikh Penting

Sumber: CGSI eIPO

Tarikh pembukaan bagi IPO yang berharga 22 sen seunit ini adalah bermula dari 18 Jun 2024 dan ditutup pada 5 Julai 2024.  

Tarikh cabut undi pula adalah 11 Julai 2024 dan IPO ini akan dikreditkan ke dalam akaun CDS pelabur yang berjaya pada 18 Julai 2024. BWYS Group Berhad bakal disenaraikan di Papan Ace Bursa Malaysia pada 22 Julai 2024.

3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan

IPO ini bakal terdiri dari terbitan awam sebanyak 256.3 juta saham biasa baharu, atau mewakili 25 peratus daripada modal saham diperbesar serta tawaran untuk penjualan 100 juta saham sedia ada, atau 9.8 peratus daripada modal saham diperbesar, melalui tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih.

Daripada 256.3 juta saham terbitan, sebanyak 51.3 juta akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia melalui proses pengundian. 

4. Kegunaan Dana IPO

Sumber: Prospektus

Dana RM56.4 juta bakal dikumpul daripada tawaran awam permulaannya (IPO) ini. Kebanyakan daripada hasil IPO berkenaan akan digunakan untuk membina sebuah kilang baharu bagi memperluas kemudahan pembuatannya untuk produk kepingan logam.

Selain itu, BWYS bercadang untuk membeli mesin dan peralatan baru serta melaksanakan sistem ERP baru bagi pengurusan pengeluaran dan inventori. 

Bakinya akan digunakan untuk membiayai pembayaran semula pinjaman bank, modal kerja dan kos penyenaraian.

5. Segmen Pendapatan

Sumber: Prospektus

Jom lihat analisis pendapatan berdasarkan segmen perniagaan dan produk. Tak perlu tengok jauh-jauh, apa kata kita kaji segmen pendapatan bagi tahun lepas. 

73% dari pendapatan tahun lepas adalah dari pengeluaran produk kepingan logam. Manakala bagi segmen perancah pula merangkumi 24.9% dan baki 2.1% adalah dari penjualan produk keluli. 

Sejak tahun 2020 sehingga 2023, nisbah segmen pendapatan adalah lebih kurang sama. Maka kita tahu pengeluaran produk kepingan logam merupakan penyumbang terbesar pendapatan BWYS.

6. Pendapatan Syarikat Terkini

Sumber: Prospektus

Dalam sesebuah prospektus, amat penting untuk kita menyemak penyata kewangan syarikat untuk tahu sama ada kewangan syarikat berada pada prestasi yang sangat memuaskan. Pendapatan syarikat dari tahun 2020 – 2023 adalah sekitar RM130 juta sehingga RM246 juta. 

Jika dilukis pada carta, ia akan menunjukkan peningkatan menaik (uptrend).

Jika dilihat peratusan margin keuntungan selepas cukai (PAT margin) pula tidaklah begitu tinggi. Pada tahun lepas, margin keuntungan direkodkan pada 7.2%. Ia masih menjadi satu penanda aras yang baik bagi BWYS.

7. Kelebihan BWYS Group Berhad

  • Mempunyai rekod selama 25 tahun pengalaman dalam industri
  • Mempunyai fasiliti operasi di pelbagai lokasi untuk mengembangkan perniagaan
  • Mempunyai pelbagai produk kepingan logam dan perancah

8. Penilaian Syarikat

Nisbah Price Earnings (PE) BWYS adalah 12.9x. Contoh syarikat tersenarai Bursa Malaysia yang menjalankan perniagaan serupa adalah seperti di bawah.

Berikut merupakan nilai PE semasa syarikat-syarikat tersebut.

SyarikatNilai PE
Astino Berhad8.24x
Hiap Teck Venture Berhad10.75x
Ajiya Berhad–
Asteel Group BerhadLoss making
SKB Shutters Corporation Berhad6.11x
Prestar Resources Berhad6.78x
Eonmetall Group Berhad16.26x
Mayu Global Group Berhad10.88x
Sumber: malaysiastock.biz & Bursa Marketplace

9. Polisi Dividen Syarikat

Sumber: Prospektus

Buat masa ini, syarikat tidak mempunyai polisi dividen. Meskipun pihak syarikat mempunyai niat untuk membayar dividen kepada para pemegang saham, ia akan bergantung kepada beberapa faktor terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

10. Status Syariah

Sumber: Prospektus

IPO BWYS Group Berhad berstatus patuh syariah menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Kesimpulan

Berdasarkan perbandingan nilai PE dengan peers yang lain, nilai PE BWYS mungkin sedikit tinggi. Namun, pendapatan dan margin keuntungan yang sihat bagi 4 tahun yang lepas boleh dijadikan rujukan. Syarikat ini dilihat recover dengan cepat selepas tahun 2020 di mana seluruh dunia terjejas dengan pandemik. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Tags: ace marketBursa MalaysiaBWYSIPO
Share424ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In