fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Pindah Saham Kepada Ahli Keluarga Melalui Bursa Anywhere

in Asas Saham
A A
Pindah Saham Kepada Ahli Keluarga Melalui Bursa Anywhere
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta

Untuk pengetahuan anda, seorang pelabur di Malaysia dibenarkan untuk mempunyai akaun dagangan (Trading Account) dengan beberapa broker. Oleh itu tidak hairanlah seorang pelabur mempunyai dua hingga tiga akaun dengan pelbagai broker.

Tujuannya mungkin kerana setiap broker ada kelebihan masing-masing. Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda nak pindah saham dari satu akaun milik anda ke akaun anda yang lain? 

Ia mudah sahaja dilakukan sebenarnya dengan aplikasi yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia. Aplikasi tersebut diberi nama Bursa Anywhere. Anda perlu memuat turun aplikasi tersebut di telefon pintar anda sekiranya anda ingin membuat pemindahan saham di antara akaun CDS anda.

Baca: Pindah Saham Dari Satu CDS Ke CDS Yang Lain Dengan Bursa Anywhere

Namun bagaimana pula sekiranya kita nak pindah saham dari akaun CDS kita ke akaun CDS ahli keluarga kita?

Dengan aplikasi yang sama iaitu Bursa Anywhere, anda juga boleh pindahkan saham yang anda miliki kepada ahli keluarga anda.

Tutorial Pindah Saham Kepada Ahli Keluarga Dengan Bursa Anywhere

Langkah 1: Selepas anda log masuk ke Bursa Anywhere, pilih ‘Transfer of Securities’.

Langkah 2: Pilih ‘Transfer To Family Members CDS Account’. Ia bermakna anda akan pindahkan saham ke akaun CDS ahli keluarga.

Langkah 3: Tandakan kotak sebagai tanda setuju. 

Langkah 4: Pilih akaun yang mengandungi saham yang bakal dipindahkan.

Langkah 5: Muat naik dokumen yang menunjukkan hubungan dengan penerima. 

Langkah 6: Masukkan kuantiti bagi saham yang ingin dipindahkan.

Langkah 7: Kos pemindahan yang dikenakan sebanyak RM10 untuk setiap saham. Terdapat empat saham yang ingin dipindahkan bagi contoh di bawah, maka jumlah fi adalah RM40. Pastikan maklumat pemberi dan penerima adalah betul dan klik ‘Confirm’.

Langkah 8: Masukkan 6 digit nombor yang dihantar ke telefon anda.

Langkah 9: Akhir sekali, permohonan untuk memindahkan saham ke ahli keluarga telah berjaya. Anda akan menerima e-mel notifikasi pada e-mel yang telah didaftarkan.

Kesimpulannya, sebagai salah seorang pelabur di Malaysia saya juga amat menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh Bursa Malaysia untuk memudahkan semua orang. Mengikut pengalaman penulis sendiri, saham berjaya dipindahkan dalam tempoh satu hari bekerja sahaja.

Tags: Bursa AnywhereBursa MalaysiaPindah saham
Share256ShareSend

Related Posts

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

4 days ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

2 weeks ago
Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta
Asas Saham

Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta

2 weeks ago
Reach Ten Sasar Tingkat Prasarana Gentian Optik Kepada 767 Kilometer Dalam Tiga Tahun
Asas Saham

Reach Ten Sasar Tingkat Prasarana Gentian Optik Kepada 767 Kilometer Dalam Tiga Tahun

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In