“Bila dah murah harganya tak nak beli, nanti bila dia naik balik cakap mahal pulak..”
Setelah membuat kenaikan tertinggi dalam sejarah, kini Wall Street memberikan diskaun kepada pelabur. Saham-saham teknologi yang pernah membuat kenaikan kaw-kaw beberapa bulan lepas, sekarang nampak macam dah murah.
Jom kita lihat saham-saham teknologi di Wall Street yang sedang murah berbanding harga tertingginya. Bukankah rakyat Malaysia suka dengan diskaun?
Saham Advanced Micro Devices (AMD) Diskaun Sehingga 30%

Saham teknologi yang berkait rapat dengan kecerdasan buatan ini pernah mencecah sehingga AS$213 sesaham. Baru-baru ini saham ini telah jatuh harganya sehingga ke paras AS$146 seunit.
Fuh, dekat AS$50 seunit diskaun dia bagi, namun ketika artikel ini ditulis (28 April 2024), saham ini sedang berada di paras AS$157 seunit. Mampukah saham ini membuat kenaikan mencecah ketinggian dahulu? Ini belum lagi umum pendapatan suku tahunan.
Saham META Platform Jatuh Sehingga 20% Selepas Pengumuman Pendapatan

Sebaik sahaja mengumumkan pendapatan suku tahunan syarikat, saham Meta ini membuat Gap Down yang ketara. Berbanding harga tertinggi yang pernah dibuat, saham Meta jatuh sekitar 20% daripada harta tertinggi tersebut.
Ikut sejarah saham ini, gap kejatuhan yang besar ini mampu ditutup beberapa bulan lepas kejatuhan, Jadi, adakah anda nampak ini sebagai peluang?
Saham TSM Membuat Kejatuhan Sebanyak 17% Daripada Rekod Tertingginya

Harga tertinggi yang pernah direkodkan saham ini adalah pada paras AS$154 seunit. Saham ini kemudian membuat pullback di paras sokongan sekitar AS$126 seunit.
Daripada harga tertinggi tersebut, diskaun sebanyak 17% diberikan oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing ini.
Ketika artikel ini ditulis, saham ini dilihat mencuba membuat kenaikan kembali. Mampukah saham ini bangkit dan kembali ke paras atas AS$150?
Musim Earning Sedang Berlaku Di Wall Street
Banyak syarikat-syarikat di Wall Street telah dijadualkan untuk mengumumkan pendapatan syarikat masing-masing pada bulan April dan bulan Mei ini. Sebarang kemungkinan akan berlaku.
Ada yang buat Gap Up selepas pengumuman, yang membuat Gap Down juga ada. Sebaiknya, kita tunggu dulu syarikat umumkan pendapatan sebelum membuat sebarang keputusan.
Jika Tidak Mampu, Jangan Persenda
Daripada artikel Wall Street yang lepas, ada yang persenda orang nak melabur di Wall Street dan membeli saham-saham kayangan ini.
Bagi saya sebagai seorang penulis, poket kita berbeza-beza, objektif pelaburan kita juga berbeza. Jadi jika anda tidak mampu nak beli saham seperti Microsoft, AMD, Nvidia dan sebagainya, usahlah persenda.
Lihat balik dah berapa banyak saham ini naik daripada tarikh anda persendakan saham tersebut?
Nak jual beli saham di Wall Street kena ada akaun trading Global dahulu! Klik Nak Buka Akaun CDS Dengan CGSI (Dahulunya CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Ini
Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet