Sama seperti anda, kami juga menantikan pengumuman agihan dividen dari Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada setiap tahun. Mana tidaknya, tiap tahun ASB membayar dividen pada kadar yang konsisten setiap tahun. Untuk makluman, PNB telah mengumumkan dividen pada 21 Disember 2023 yang lalu.
Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.
Pelaburan di ASB sememangnya satu langkah yang bijak kerana modal anda boleh dianggap selamat diuruskan oleh PNB serta berisiko rendah. Bagi pelabur yang inginkan pulangan yang lebih tinggi daripada 5.25% setahun, anda boleh cuba melabur di instrumen yang lain contohnya seperti melabur sendiri di bursa saham. Jika tidak di bursa saham, banyak lagi instrumen pelaburan lain yang anda boleh pilih.
Apa kata kita lihat beberapa saham Bursa Malaysia yang memberi pulangan dividen lebih tinggi dari 5.25% pada tahun 2023.
Untuk melihat jumlah dividen yang betul untuk tahun 2023, kita akan kira jumlah dividen keseluruhan untuk tahun 2023 dan membandingkan dengan harga saham pada Januari 2023.
Baca: Cara Kira Kadar Dividen Yang Anda Terima Dengan Betul
Untuk pengetahuan anda, harga yang diterangkan di dalam artikel ini telah mengambil kira jumlah dividen yang telah diagihkan atau juga dikenali sebagai “adjusted”.
- Bermaz Auto Berhad (BAUTO)
Bermaz Auto Berhad (BAUTO) mempunyai modal pasaran sekitar RM2.75 bilion. Jumlah saham Bauto adalah 1.17 bilion unit. Bauto mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada November 2013.
Bermaz Auto Berhad mempunyai beberapa anak syarikat yang bertanggungjawab untuk mengedar kenderaan jenama Mazda, Peugeot dan Kia.

Bermaz Auto membayar dividen sebanyak 22 sen seunit pada tahun kewangan 2023. Harga saham Bauto pada 3 Januari 2023 adalah RM1.86 dan RM2.32 pada 29 Disember 2023.
Ini bermakna kadar dividen saham ini untuk tahun 2023 untuk pelabur yang membeli pada harga RM1.86 adalah sebanyak 11.83%.

Harga Bermaz Auto setakat 22 April 2024 adalah RM2.35.
- Amway Malaysia Holdings Berhad (AMWAY)
Amway Malaysia Holdings Berhad (AMWAY) mempunyai modal pasaran sekitar RM1.2 bilion. Jumlah saham Amway adalah 164.39 juta unit.
Ramai yang mungkin tidak menyangka bahawa Amway bukan sahaja menjual produk kesihatan diri tetapi produk Amway merangkumi minuman tenaga, produk kecantikan, produk penjagaan diri, produk penjagaan kanak-kanak, produk penggunaan rumah dan penjagaan kebersihan rumah.

Amway membayar dividen sebanyak 38 sen seunit pada tahun kewangan 2023. Harga saham Amway pada 3 Januari 2023 adalah RM4.40 dan RM5.54 pada 29 Disember 2023.
Ini bermakna kadar dividen saham ini untuk tahun 2023 untuk pelabur yang membeli pada harga RM4.40 adalah sebanyak 8.64%.

Harga Amway setakat 22 April 2024 adalah RM7.30.
- Apollo Food Holdings Berhad
Apollo Food juga merupakan jenama yang semua orang kenal. Jenama makanan ini membesar bersama-sama kebanyakan daripada kita. Snek keluarannya boleh didapati di hampir semua pasar raya dan kedai runcit di negara ini. Malah produknya juga dieksport ke negara luar.

Apollo membayar dividen sebanyak 25 sen seunit pada tahun kewangan 2023. Harga saham Apollo pada 3 Januari 2023 adalah RM3.37 dan RM5.38 pada 29 Disember 2023.
Ini bermakna kadar dividen saham ini untuk tahun 2023 untuk pelabur yang membeli pada harga RM3.37 adalah sebanyak 7.42%.

Harga Apollo Food setakat 22 April 2024 adalah RM6.60.
Kesimpulan
Meskipun anda seronok melihat saham memberikan dividen melebihi dari 5% setahun, tetapi pastikan juga harga saham juga meningkat selepas pemberian dividen untuk turut sama mendapat “Capital Gain”.
Jangan sahaja dividen dapat tetapi harga saham merudum kemudiannya. Silap-silap dividen dapat tetapi sebenarnya anda sedang mengalami kerugian.
Sebab itu penting jika nak melabur kena pastikan ada ilmu terlebih dahulu.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)