fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

3 Saham Uptrend Yang Punyai Fundamental Yang Mantap

in Technical Analysis
A A
3 Saham Uptrend Yang Punyai Fundamental Yang Mantap
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Nak beli saham takkan hanya nak tengok carta semata?”

Di Bursa Malaysia, bukan tiada saham yang mempunyai fundamental yang baik. Tetapi sifat pelabur Malaysia yang ‘malas’ kaji saham-saham yang sebegini. 

Ramai yang suka saham murah dan hanya harapkan analisis teknikal. Bila tidak menjadi, salahkan saham ini sebagai scam. Walhal sedia maklum analisis teknikal hanya kajian kebarangkalian sesuatu itu menjadi. Tidak menjamin apa pun. Nak melabur ke berjudi?

Jom kita lihat saham-saham di Bursa Malaysia yang sedang membuat kenaikan (Uptrend) dan mempunyai ciri-ciri fundamental yang baik seperti:-

  • Keuntungan syarikat yang konsisten 
  • Pertumbuhan keuntungan syarikat yang meningkat
  • Margin keuntungan yang meningkat
1. PECCA Group Berhad
Sumber: TradingView

Carta setahun saham Pecca Group Berhad dilihat sedang berada difasa kenaikan (uptrend) yang sihat setakat 15 Mac 2024. Syarikat sektor automotif ini bukan sahaja sedang uptrend malah mempunyai fundamental yang sangat hebat!

Berkaitan

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

Jika kita lihat pendapatan suku tahunan PECCA, sangat mengagumkan. Tidak pernah rugi dan margin keuntungan pula terus menerus bertambah sejak suku tahun terakhir tahun 2022 sehingga yang terkini. 

Pendapatan tahunan juga sama, terus meningkat sejak tahun 2022 sehingga tahun kewangan terakhir 2023. Hasil jualan meningkat, keuntungan bersih naik dan margin keuntungan juga semakin besar!

2. Malayan Cement Berhad
Sumber: TradingView

Syarikat pengeluar simen dan bata ini jika dilihat cartanya, meleleh. Sangat cantik kemenjadian dia. Ciri-ciri kenaikan (uptrend) yang sihat sangat ketara digambarkan pada carta saham ini. Mula membuat kenaikan harga sejak April tahun 2023 lagi. 

Jika kita nak kaji pendapatan dari segi suku tahunan, memang sangat kagum dengan jualan, keuntungan bersih dan margin keuntungan yang naik sangat konsisten. 

Keuntungan tahunan syarikat juga bukan biasa-biasa. Keuntungan meningkat sejak tahun 2021 sehingga tahun terkini. Margin keuntungan syarikat naik terus menerus walaupun jualan syarikat pada tahun 2024 tidak sebanyak tahun sebelumnya. 

Siapa kata tiada saham fundamental bagus yang boleh dibeli di Bursa Malaysia?

3. QL Resources Berhad
Sumber: TradingView

Syarikat ketiga pula, adalah syarikat pengeluar telur yang popular di Malaysia. Syarikat ini juga merupakan pemilik kepada kedai serbaneka FamilyMart. Daripada carta ini, harga saham QL sedang membuat kenaikan sejak Jun 2023 sehingga Mac 2024. 

Kenaikannya (uptrend) sangat cun!

Dari segi keuntungan suku tahunan syarikat, kita dapat lihat di mana jualan syarikat meningkat setiap suku tahunan dan margin keuntungan juga menaik. Keuntungan bersih syarikat juga merekodkan kenaikan yang sangat konsisten. 

Untuk pendapatan syarikat secara tahunan, kita dapat lihat bahawa margin keuntungan syarikat naik dengan ketara sejak tahun 2022 sehingga tahun terkini.

Macam ini baru yakin nak melabur. 

Masih Suka Beli Saham Penny?

Kalau dah ada saham yang mempunyai fundamental yang baik macam contoh di atas ini, ditambah dengan carta saham yang juga sama bagus. Lagi tenang rasanya kalau kita melabur saham-saham yang begini kan?

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIFundamentaluptrend
Share405ShareSend

Related Posts

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

4 weeks ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

2 months ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

4 months ago
Jualan Syarikat Cecah Berbilion, Dividen Yield Pula Boleh Tahan
Fundamental Analisis

Jualan Syarikat Cecah Berbilion, Dividen Yield Pula Boleh Tahan

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In