Sejak kebelakangan ini, IPO merupakan salah satu pilihan yang ada bagi pelabur yang ingin melabur tetapi mempunyai toleransi risiko yang lebih rendah. Oleh itu, ada sahaja pelabur yang membuka akaun CDS semata-mata untuk memohon IPO.
Tidak salah untuk membuka akaun CDS untuk memohon IPO sahaja. Ia merupakan langkah pertama yang baik sebagai seorang pemula. Malah, risiko IPO yang lebih rendah berbanding membeli saham di pasaran sekunder (secondary market) memberi peluang kepada pelabur untuk merasai pengalaman terlibat dalam pelaburan saham.
Dapat ataupun tidak IPO tersebut adalah cerita yang lain. Dalam setahun ada berpuluh-puluh IPO, agak mustahil dalam setahun langsung tak berjaya mendapat satu IPO pun dari kesemua permohonan anda.
Baca juga: Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Guna CGS-CIMB iTrade (TERKINI)
1. Senheng New Retail Berhad
Sebut Sahaja Senheng, semua orang kenal dengan syarikat ini. Mana tidaknya, Senheng mempunyai banyak kedai di seluruh Malaysia menjual produk dan peranti elektronik. Senheng ditubuhkan pada tahun 1989, bermula dengan separuh lot kedai dengan nilai stok yang dijual pada ketika itu bernilai kurang daripada RM30,000.
Sejak daripada itu, Senheng kini telah menjadi rantaian kedai elektronik terbesar di Malaysia.

Pada Januari 2022, IPO Senheng akhirnya disenaraikan. Harga IPO Senheng adalah RM1.07. Harga tersebut dianggap normal bagi sebuah syarikat yang didagangkan di Main Market.
Namun, debutnya tidaklah begitu indah kerana ditutup 20% diskaun daripada harga IPO yang ditawarkan. Pada penutupan hari pertama, Senheng ditutup pada harga RM0.855.
Sudah dua tahun Senheng berada di Main Market, harga saham ini setakat 16 Februari 2024 adalah hanya pada RM0.315, jauh sekali jika dibandingkan dengan harga yang dibeli ketika IPO.
Jika dilihat pada carta juga, saham Senheng sedang membuat pergerakan major downtrend.
2. Radium Development Berhad


Harga IPO Radium adalah RM0.50. Debutnya dibuka pada harga RM0.35, 15 sen rendah atau 30% rendah daripada harga yang ditawarkan ketika IPO. Setelah cabut undian dilakukan, majoriti pelabur yang memohon IPO Radium mendapat kesemua unit yang dipohon. Ini sedikit sebanyak menimulkan panik di kalangan yang memohon.
Walaubagaimanapun, para pelabur wajib tahu dan faham risiko yang hadir ketika memohon sesuatu IPO.
Setakat 16 Februari 2024, harga Radium didagangkan pada RM0.390 dan masih di bawah harga IPO. Antara punca yang dapat dikenalpasti adalah bilangan saham yang didagangkan adalah agak tinggi iaitu sebanyak 3.468 bilion unit. Bilangan saham yang agak tinggi ini juga adalah lebih besar berbanding syarikat hartanah gergasi yang lain seperti Mahsing, MK Land, Glomac dan lain-lain.
Ketika pelancaran IPO, menurut Radium kesemua projeknya terletak di Kuala Lumpur dan kesemuanya telah berjaya dijual.
Antara info menarik mengenai Radium adalah Radium menyasarkan untuk memberi dividen tidak kurang dari 30% keuntungan bersih kepada para pelabur pada setiap tahun.
3. MST Golf Group Berhad
MST Golf Group Berhad merupakan syarikat daripada sektor perkhidmatan pengguna dimana syarikat ini menawarkan perkhidmatan bekalan barangan golf, tempat latihan dan pelbagai lagi servis berkaitan dengan sukan golf.

Sumber: Trading View
Harga IPO MST Golf Berhad adalah RM0.81. Pada hari pertama didagangkan, harga MST Golf dibuka pada RM0.705 dan ditutup pada RM0.78. Bagi yang menyimpannya sehingga pasaran ditutup pada hari tersebut, kerugian yang dialami tidaklah begitu besar.
Selepas itu, MST Golf dilihat membuat beberapa percubaan untuk melepasi harga RM0.80. Akhirnya ia dilihat membuat satu paras rintangan yang kuat pada harga tersebut sehinggalah tekanan jualan yang kuat pada 4 Ogos 2023 menyebabkan MST Golf susut 22.22% dalam tempoh 1 hari.
Setakat data ini diambil iaitu 16 Februari 2024, harga MST Golf masih lagi berlegar-legar di sekitar harga RM0.505.
Adakah kerana tidak semua orang bermain golf maka pelabur tidak minat terhadap saham ini?
Kesimpulan
Ada beberapa lagi IPO lain yang juga tidak berjaya didagangkan lebih tinggi dari harga IPO. Agak-agaknya apa yang sebenarnya terjadi kepada kesemua IPO ini?
Berkemungkinan pelabur telah membuat kajian terperinci melalui bacaan prospektus sebelum ianya disenaraikan. Antara maklumat dalam prospektus yang berpotensi mempengaruhi keputusan pelabur adalah seperti perancangan masa hadapan, dana yang diraih akan digunakan untuk apa, jenis perniagaan, jenis sektor, polisi dividen serta banyak lagi.
Baca juga: 30 Minit Pertama Carta IPO Terbitan Januari 2024
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




