• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal

in Hebahan
A A
Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini  memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangun bersama Program Graduan Pasaran Modal atau Capital Market Graduate Programme (CMGP). 

CMGP bertujuan meningkatkan ilmu dan kebolehpasaran seramai 9,000 graduan universiti awam dan swasta terutamanya bagi industri pasaran modal dalam tempoh tiga tahun. Ianya juga dibiayai melalui peruntukan sebanyak RM30 juta oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF) iaitu sebuah dana yang diurus oleh industri pasaran modal sendiri. 

MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi SC, YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek  Hussin dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang turut menjalankan tugas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi iaitu Encik Ahmad Rizal Adnan serta  disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. 

CMGP yang dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat, diterajui oleh SC dengan kerjasama KPT, Kementerian  Kewangan Malaysia, Bursa Malaysia dan wakil-wakil kanan industri pasaran modal. 

Program yang dijangka mampu menampung kekurangan tenaga kerja mahir di industri pasaran modal ini akan dapat membantu menghasilkan graduan yang lebih  bersedia untuk diterap ke dalam pasaran modal tersebut. Ini sekaligus akan mengurangkan defisit tenaga mahir di pasaran modal, seterusnya mempertingkatkan  kebolehpasaran graduan. 

Antara skop kerjasama yang digariskan dalam MoU tersebut adalah: 

a) Meningkatkan kesedaran terhadap peluang kerjaya pelbagai disiplin berkenaan industri pasaran modal dalam kalangan graduan di Malaysia; 

b) Membina kapasiti asas dalam kalangan graduan dalam bidang yang  berkaitan dengan pasaran modal di Malaysia;

c) Mempromosikan CMGP melalui penganjuran ceramah dan pameran  kerjaya bagi membangunkan saluran bakat graduan yang konsisten bagi  pasaran modal di Malaysia; 

d) Bekerjasama dengan wakil-wakil kanan Bursa Malaysia dan industri pasaran modal, serta Naib Canselor daripada universiti tempatan utama  dengan penuh komitmen dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti teras dan  utama CMGP; dan 

e) Mengenal pasti graduan yang berkelayakan untuk mengambil bahagian  dalam program berstruktur yang dikelolakan oleh Perbadanan  Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) dan Program Pembangunan  Kepimpinan dan Penempatan Kerja CMGP. 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 

10 April 2023

Tags: Capital Market Graduate Programme (CMGP)Kementerian Pendidikan TinggiKPTProgram Graduan Pasaran ModalSCSuruhanjaya Sekuriti Malaysia
Share239ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In