Sebenarnya ramai yang berminat untuk melabur dalam pelaburan saham. Namun, faktor waktu dagangan tempatan iaitu bermula 9 pagi sehingga 5 petang menjadi salah satu punca ramai yang tidak terlibat lagi.
Sebabnya adalah mereka semua terikat dengan kerja hakiki yang juga sama waktu dengan waktu dagangan pasaran saham Bursa Malaysia.
Jika anda benar-benar berminat untuk melabur dalam pelaburan saham, kenapa tidak cuba melabur di pasaran saham yang zon waktunya berbeza dengan zon waktu Malaysia contohnya Amerika Syarikat.
Waktu pasaran saham Amerika beroperasi adalah daripada 9.30pm – 4.00am (waktu Malaysia) atau 10.30pm – 5.00am (waktu Malaysia).
Kenapa terdapat dua waktu yang berbeza? Ini disebabkan kerana Amerika Syarikat mengamalkan Daylight Saving Time sebagai satu langkah penjimatan tenaga di negara itu.

Daylight Saving Time bermula pada Ahad kedua pada bulan Mac dan berakhir pada Ahad pertama pada bulan November. Jadual ini diperkenalkan pada tahun 2007 dan berpandukan Energy Policy Act of 2005.
Apa yang terjadi pada Daylight Saving Time ini pula adalah waktu sesi dagangan akan diawalkan satu jam iaitu bermula 9.30 malam sehingga 4.00 pagi (waktu Malaysia).
Waktu sesi dagangan standard pula adalah 10.30 malam sehingga 5.00 pagi.
Sekarang anda faham mengapa anda ada peluang untuk terlibat dalam pelaburan saham contoh seperti pasaran saham Amerika?
Jika anda berkata anda tiada masa untuk perhatikan saham anda pada waktu siang, maka anda perlu cuba melabur dalam pasaran Amerika.

Satu perkara yang menarik tentang pelaburan saham ialah sebenarnya anda tidak perlu monitor portfolio anda setiap masa.
Sebelum membuat keputusan untuk membeli saham, anda pastinya sudah membuat kajian saham ketika off market hour.
Anda boleh sahaja membuat pembelian saham ketika pasaran US baru sahaja dibuka. Anda hanya perlukan masa beberapa minit sahaja untuk melaksanakan pembelian. Setelah order matched, langkah seterusnya untuk mengurangkan risiko adalah menetapkan stop limit siap-siap mengikut trading plan anda.
Sebagai contoh, anda beli saham pada harga USD5.00. Mengikut trading plan anda, anda akan menjual saham tersebut sekiranya patah support pada harga USD4.50. Maka, anda boleh menetapkan stop limit pada harga tersebut untuk mengawal risiko anda.
Anda ada pilihan menggunakan feature Good-Till-Date untuk meletakkan pesanan anda untuk satu jangka masa yang lebih lama. Dengan menetapkan GTD, anda tidak perlu monitor pasaran setiap masa serta saham anda akan terjual secara automatik jika harga telah terkena paras stop limit yang ditetapkan.
Mudah bukan? Sekarang anda tiada alasan lagi untuk tidak melabur dalam pelaburan saham.
Nak buka akaun CDS untuk melabur saham di US? Klik tutorial mudah ini
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street




