“Biasa dengar reversal bearish engulfing je..”
Kepada pelabur saham, reversal candlestick merupakan perkara yang tidak asing lagi untuk mereka gunakan apabila mengkaji dan menganalisa carta sesuatu saham. Antara reversal candlestick yang popular adalah seperti:-
- Bullish/bearish engulfing
- Morning star/evening star
- Bullish/bearish harami
Artikel kali ini, kita akan mengulas tentang satu reversal candlestick yang jarang didendang. Reversal candlestick tersebut adalah tweezer top dan tweezer bottom.

Reversal candlestick ini terbentuk daripada dua batang candlestick seperti gambar diatas. Tweezer Top merupakan Bearish Candlestick Pattern manakala Tweezer Bottom merupakan Bullish Candlestick Pattern.
Bagi Tweezer Top pattern, candlestick pertama adalah candlestick hijau yang ditutup tinggi pada hari berikut. Candlestick seterusnya dibuka sama tinggi dengan candlestick hijau hari sebelumnya kemudian jatuh lebih rendah berbanding harga pembukaan candlestick hijau pada hari sebelumnya.
Tweezer Bottom pula merupakan Bullish Candlestick Pattern. Corak candlestick ini terbentuk apabila candlestick pertama berwarna merah panjang dan disusuli dengan candlestick hijau yang dibuka pada harga yang sama dengan harga penutupan hari sebelumnya.
Untuk artikel kali ini, kita akan melihat contoh carta saham yang ada signal jualan apabila munculnya reversal Tweezer Top.
Tweezer Top Di Carta Time Dotcom
Jika kita perhatikan carta di atas, harga saham ini mulanya berada dalam bullish dengan kenaikan harga yang terus menerus.
Apabila munculnya Tweezer Top seperti yang dibulatkan pada carta diatas, harga saham yang sebelumnya naik mula membuat penurunan harga atau pullback.
Tweezer Top Di Carta Sedania Innovator
Sama seperti carta pertama tadi, carta saham Sedania Innovator ini sedang membuat kenaikan harga pada penghujung bulan November 2022, namun selepas munculnya candlestick Tweezer Top ini, harga saham gagal untuk meneruskan kenaikan dan meneruskan kejatuhan harga pada hari-hari berikutnya.
Tweezer Top Pada Carta Reservoir Link Energy
Sama seperti dengan dua carta di atas, harga saham sedang berada di fasa bullish sebelum munculnya reversal Tweezer Top seperti yang dibulatkan diatas.
Selepas reversal Tweezer Top, harga saham gagal untuk meneruskan kenaikan dan disambung dengan penurunan harga pada hari-hari berikutnya.
Kesimpulan Tentang Tweezer Top Pattern
Tweezer Top dan Tweezer Bottom ini adalah salah satu Reversal Pattern Candlestick yang ada dalam dunia pelaburan saham.
Kewujudan pattern ini boleh dijadikan signal belian ataupun signal jualan sesuatu saham kepada pedagang saham.
Signal ini juga tidak semestinya dijamin terjadi kerana pasaran saham ini sangat volatile dan ingat! Bahawa “market” ini bukan kita yang punya. Jangan cuba melawan pasaran.
Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda.
Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK LANGGANAN!
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.